Skip to main content

Posts

Showing posts from July 27, 2013

Peguam Pas kesal difitnah 'rakan'

PEGUAM HARAKI DICEMUH DAN DIFITNAHPeguam adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu mempunyai pengetahuan tinggi tentang undang-undang mampu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai ketaqwaan kpd Allah. Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja-kerja mempertahankan ahli-ahli gerakan Islam dan ummat keseluruhannya mengikut lunas undang-undang. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam. Adakah kesedaran merakyatkan Islam dalam kerangka perlembagaan yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi peguam yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu peguam parti nasional yang menghentam peguam gerakan islam, namun, sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah…

KP Gombak berlagak hero, kata Peguam Pas

"Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak"Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respons daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang. Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh. Namun, Ketua Pemuda…