10 August 2013

KM tawar bantu polis P.Pinang banteras jenayah

Tiga kejadian tembakan dalam sehari sejak Hari Raya Puasa pertama Khamis lepas di Pulau Pinang mampu menggugat keraguan orang awam di negeri berkenaan.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam satu pertemuan dengan Ketua Polis Negeri pagi semalam melahirkan rasa bimbang atas insiden-insiden yang berlaku itu.

Malah, beliau berkata, pihaknya sanggup menyediakan sumber-sumber Kerajaan Negeri sekiranya polis kekurangan anggota atau sumber berwajib lain demi membanteras jenayah.

Ini kerana, beliau ingin mengekalkan status Pulau Pinang sebagai negeri paling kurang jenayah.

Seorang India berusia 37 tahun pada Khamis lepas ditembak sampai mati di Jalan Anson, manakala, seorang Bouncer berusia 42 tahun pada pagi semalam tercedera ditembak dalam insiden lain di Datuk Keramat.

"Keadaan jenayah yang semakin buruk yang akan menimbulkan keraguan terhadap keselamatan awam," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus