31 August 2013

Dialog bukan Kerajaan Perpaduan, tegas Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

"Kami mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya,  semalam.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus