10 September 2013

Tarif air RM0.31 kekal terendah, denda bazir 20 peratus - KM

JADUAL di atas menunjukkan surcaj atau denda maksimum 20 peratus hanya dikenakan ke atas mereka yang membazir air sahaja. | Sumber: PBAPP.

TARIF air Pulau Pinang yang kekal direkodkan paling rendah di Malaysia mungkin salah satu punca krisis air sengaja dipolemikkan di negeri berkenaan oleh pihak tertentu. | Sumber: PBAPP.

DENDA akan dikenakan kepada pengguna yang membazir bekalan air bersih memandangkan Pulau Pinang mencatatkan penggunaan air paling banyak, iaitu 302 liter padu perkapita setiap hari.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, warga Palau Pinang yang tidak membazir air akan terus menikmati tarif air paling rendah berbanding negeri-negeri lain, iaitu RM0.32 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama sahaja. 

“Apa yang kita buat adalah kita (Kerajaan Negeri) tidak akan menaikkan kadar harga air, tetapi, kita mengenakan denda kepada mereka yang membazirkan air.

“Tarif air masih sama (dan) paling rendah berbanding negeri-negeri lain akan terus dinikmati oleh mereka yang tidak membazir bekalan air,” ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, penggunaan air sehingga 70,000 liter bagi dwi bulanan tidak akan dikenakan caj denda tambahan.

Namun, penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan sebanyak 16.7 peratus.

Penggunaan air dalam jumlah 100,000 liter hingga 150,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakankan caj tambahan sebanyak 20.7 peratus.

Penggunaan air melebihi 200,000 liter dalam tempoh yang sama akan dikenakan caj tambahan paling tinggi iaitu, 20.9 peratus.

“Denda paling tinggi kira-kira 20 peratus...dulu anda bayar RM20, sekarang (kadar termasuk caj denda membazir air) yang ada perlu bayar RM24 (untul bil air dwi bulanan),” ujar Guan Eng.

Beliau berkata, pengguna yang membazirkan air direkodkan sebanyak 28 peratus sahaja.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak supaya terus berjimat-cermat menikmati bekalan air bersih di negeri berkenaan. 

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, premis perniagaan tidak akan dikenakan surcaj sehingga 20 peratus tersebut memandangkan mereka tidak menerima apa-apa subsidi daripada Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi mengulangi pendirian Kerajaan Negeri menolak cadangan membayar caj air bersumber Sungai Muda sebagaimana dituntut oleh Kerajaan Negeri Kedah.

“Air yang diangkat dari Sungai Muda adalah dalam sempadan negeri Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) mempunyai semua dokumen untuk membuktikannya.

“Undang-undang antarabangsa menyatakan bahawa semua negara harus membenarkan sungai ini alir secara semulajadi tanpa sebanyak peralihan atau tanpa sebarang perbuatan khianat untuk mengalih sumber air ke sesebuah negeri.

“Tak boleh cuba ubah apa yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Esa, Maka, kalau Tuhan sudah menentukan itu adalah aliran sungai, maka kita perlu mengikut ketentuan Tuhan.

“Oleh itu, saya amat kesal dengan cadangan pihak tertentu di Kedah cadang untuk sekat air (Sungai Muda) ke Pulau Pinang.

“Ini nyata bertentangan dengan semangat keMalaysiaan...ini adalah sesuatu yang sama sekali tidak waras kerana Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia,” tegas Guan Eng.

Pendirian Guan Eng itu sekaligus menolak cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata (Kedah), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mencadangkan di air Sungai Muda ke Pulau Pinang disekat sekiranya tuntutan Kedah enggan ditunaikan, lapor akhbar Sinar Harian pada 27 Ogos lepas. 

KERATAN akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Ogos 2013

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus