15 October 2013

Cerita arwah Fadhil Noor berhujah dengan Ulamak dalam Pas

Untuk tukar nama dari Yang di-Pertua PAS kepada Presiden PAS, sampai perlu diadakan satu Mesyuarat Agung Khas (EGM).

Arwah Datuk Fadhil Noor sendiri berdepan pelbagai kritikan dan perbezaan pendapat daripada beberapa ulamak partinya secara sentimental semasa itu.

Arwah Datuk Fadhil dikritik, kononnya, cuba ikut Umno kerana parti asabiah itu guna 'Presiden Umno'.

Tidak cukup dengan itu, nas hadith yang menyebut, "Barang siapa menyerupai satu-satu kaum, dia daripada kalangannya," diguna secara semberono menolak cadangan arwah Datuk Fadhil Noor.

Arwah Datuk Fadhil Noor berdepan dengan ulamak yang mengkritiknya secara berdepan dalam EGM tersebut.

"Presiden Amerika Syarikat itu 'kapiaq', kalau kita orang-orang PAS suatu hari nanti nak panggil dia Amirul Mukminin sekalipun, dia tetap 'kapiaq' kalau tak peluk Islam," arwah Datuk Fadhil Noor berhujah.

Jawapan Ustaz Fadhil Noor itu membuat "tak terkata apa" ulamak politik parti yang selama ini berani menyerang Ustaz Fadhil Noor dari belakang sahaja.

Jawapan arwah Datuk Fadhil Noor itu menerusi kaedah fiqh yang menyebut, "Al-hukmu yadaru ma 'ala musamma la 'ala ismi."

Maksud: Hukum itu berlegar pada perkara yang diberikan nama, bukan jenama.

Ustaz Fadhil Noor contoh 'alim fiqh dan 'alim zuruf.

Setuju?

Mahkamah kembali larang The Herald guna 'Allah'

MAHKAMAH Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kiri) berkata penggunaan perkataan "dengan aman dan damai" dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan, katanya, patut ditafsirkan sebagai keperluan melindungi kesucian Islam sebagai agama utama dalam negara dan melindunginya daripada sebarang ancaman.

Perkara 3(1), jelas Apandi, bukan sebahagian daripada cadangan Suruhanjaya Reid tetapi dimasukkan selepas bantahan, rundungan, perbincangan dan kesepakatan seluruh kumpulan berkepentingan.

Perkara itu menyebut Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.

Hakim kanan itu berkata, perkataan itu dimasukkan ekoran kontrak sosial yang dipersetujui oleh pengasas negara ini.

"Penghakiman saya mendapati ancaman paling mungkin terhadap Islam, dalam konteks negara ini, adalah menyebarkan agama lain kepada umat Islam."

"Ini menjadi sebab kenapa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimasukkan," katanya dalam penghakiman 43 halaman dalam kes berkaitan edisi bahasa Melayu, mingguan Katolik The Herald.

Beliau, bersama hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh daripada Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus