Skip to main content

Posts

Showing posts from October 16, 2013

Dua pemimpin, dua karektor

Selalunya pemimpin yang tegas dari segi pengucapan, tindakannya lunak.Pemimpin yang lunak dari segi pengucapan pula, selalunya tegas dari segi tindakan.Di bawah ini adalah antara ucapan tersohor Abu Bakar As-Siddiq, yang dianggap lunak dari segi pengucapan:"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu."Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya."Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah."Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."…

Noh Gadut menjauhi fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi, Harun Taib?

Pendapat Datuk Noh Gadut dan Datuk Harun Taib (sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia) seakan menjauhi Fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi seperti di bawah:
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Fatwa Dr. Yusof Al-Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 -

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad, lapor Malaysiakini

TiNDAKAN memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.
"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.
Menurutnya…

Kalimah Allah: Harun Taib 'puas hati', lapor Utusan

KETUA Dewan Ulamak PAS Datuk Harun Taib menyokong ketepan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam majalah mingguan bukan Islam The Herald, lapor Utusan Malaysia.
"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam). 
"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald
Dalam bab akidah, Islam kena jaga," dalih Harun yang juga Ahli Majlis Syura PAS Pusat, dipetik lidah rasmi Umno Barisan Nasional tersebut.
Sehingga jam 5.00 petang tadi, dikesan, Harun masih belum memberi respons mengenai laporan Utusan Malaysia di sesawang Harakahdaily.net, iaitu lidah rasmi PAS.
Terdahulu, Harakahdaily.netpada 4 Februari lepas melaporkan, Harun pernah berkata, PAS tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah me…

Kalimah Allah: Wan Ji pertikai 'fatwa' Noh Gadut

PENGASAS Sekolah Pemikiran As-Syatibi - grup yang mempopularkan pengajian maqasid asy-syariah - Ustaz Wan Ji Wan Wan Hussin At-Ta'addudi (gambar kanan) hari ini mempersoal pendapat terbaru Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut.
Nooh Gadut dilaporkan mengeluarkan pendapat bahawa orang Islam bolej jadi kafir dan murtad sekiranya mempertikai keputusan Mahkaah Rayuan yang melarang kembali bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.
Itu, ekoran ketetapan Mahkamah Rayuan baru-baru ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.

"Kalau Mahkamah England halang muslim di sana menyebut kalimah Isa dalam Quran di negara mereka dengan alasan cara faham Isa yang muslim faham tidak sama dengan cara faham Kristian, agak-agak la, Noh Gadut setuju atau tidak dengan (ketetapan) Mahkamah England itu.

"Dalam quran dinyatakan sembelihan ahli kitab (yahudi dan nasrani) boleh di makan...s…

ADUN panggil lima pihak dialog isu banjir Kg. Padang Lalang

ARUS pembangunan yang didakwa menghimpit kesejahteraan Kampung Padang Lalang mengakibatkan sistem perparitan di desa tersebut tidak diselenggara dengan baik, hatta, mengakibatkan kerap berlakunya bencana banjir.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng memanggil Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk berdialog dengan penduduk berwajib di sini baru-baru ini.
MMC-Gamuda selaku syarikat yang memajukan projek keretapi berkembar di sini turut dipanggil bersemuka dengan penduduk setempat.
“Adalah penting buat penduduk-penduduk mengetahui, siapakah yang harus mereka hubungi jika masalah-masalah seperti ini (banjir) berulang.
“Ini bertujuan untuk mengelakkan kes tolak-menolak atau siapakah yang harus dipertanggungjawabkan, jika, terjadi masalah seperti ini lagi,” ujar Chong Eng dalam majlis dailog interaktif di perkarangan Masjid Al-Munawwarah d…

Yayasan Islam P.Pinang umum bina Sekolah Islam Antarabangsa RM6 juta

KERAJAAN Negeri melalui Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) akan bekerjasama dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (Tunas Muda) bagi merancang pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas sebidang tanah berkeluasan 4.863 ekar dekat Sungai Ara, Bayan Lepas.
Tapak projek yang dicadangkan itu di Jalan Persiaran Relau berhampiran Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Ara.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng membuat pengumuman sedemikian selepas menyaksikan Pengerusi Pemaju Ideal Property Group, Datuk Alex Ooi menyerahkan geran tanah kepada Kerajaan Negeri, melalui Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman.
“Projek ini dijangka akan bermula pada tahun hadapan dengan kos pembinaan sebanyak RM6 juta yang akan ditanggung oleh pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
“Sama ada, ada perubahan (mengenai status pihak yang menanggung kos pembinaan), saya serah kepada Datuk Mansor dan Datuk Abdul Malik lah,” ujar Guan Eng di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. …

Bandar Sunway perintis Kitar Semula Industri

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengadakan interaksi dua hala dengan pemilik-pemilik premis perniagaan sekitar Bandar Sunway di Seberang Jaya ke arah merealisasikan projek perintis Kitar Semula Industri.
Ahli Majlis bagi MPSP, Amir Md. Ghazali berkata, projek perintis itu dimulakan peringkat industri selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mewujudkan banyak program kitar semula membabitkan persatuan komuniti dan sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai.
“Program Komuniti Mampan berjaya mendapat kerjasama daripada banyak persatuan penduduk. Begitu juga program Green School berjaya disertai banyak sekolah di Seberang Perai ini.
“Bandar Sunway ini dipilih sebagai projek perintis supaya kejayaan yang membabitkan pemilik-pemilik premis perniagaan di sini dapat diperluaskan di kawasan-kawasan komersial lain,” ujar beliau dalam satu majlis interaksi di Perpustakaan Pulau Pinang di sini.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin m…