Skip to main content

Posts

Showing posts from October 24, 2013

Bukti formula BPO P.Pinang berjaya - KM

PULAU Pinang mencatatkan antara hartanah yang paling rendah tidak terjual di negara ini bagi suku kedua tahun ini, lapor The Edge Malaysia edisi 21 Oktober lepas.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) berkata, laporan itu mendedahkan hanya 40 unit kedai bernilai RM17.11, 163 unit kediaman (RM63.4 juta) dan 25 lot industri (RM6.34 juta) tidak terjual di negeri ini.
"(Ini) menepati ramalan ramalan KPMG bahawa Pulau Pinang salah satu daripada 31 global Business Process Outsourcing (BPO) masa depan di dunia," ujar Guan Eng di George Town kelmarin.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam berkata, Kerajaan Negeri sejak dua tahun lepas dengan memberi tumpuan pada sektor perkhidmatan.
Langkah pengamilan 100 peratus pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih tinggi nampaknya mula menelurkan hasil.
"Hari ini, banyak syarikat Multi-Nasional dalam industri elektronik telah menjadikan Pulau Pinang (sebagai) hab pentadbiran dan pengeluaran merek…

Tak patut 17 tahun kontena jadi rumah 37 keluarga – Hon Wai

37 keluarga malang yang terpaksa tinggal dalam kontena yang dijadikan rumah gara-gara projek Taman Bayu Aman dekat Telok Air Tawar terbengkalai sejak 17 tahun lepas, iaitu sejak Kerajaan Negeri masih dikuasai Barisan Nasional.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai semasa melawat kawasan pemajuan tersebut sempena Hari Habitat Sedunia baru-baru ini berkata, pihaknya berharap projek itu siap pada tahun depan, sekaligus, membolehkan penduduk berwajib berpindah ke taman tersebut.
Hari Habitat Sedunia ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Isnin minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun supaya semua negara atau kerajaan senantiasa berusaha untuk memperbaiki keselesaan habitat serta tempat tinggal manusia.
“Projek ini telah terengkalai terlau lama...mereka tinggal dalam kontena yang dijadikan rumah sejak 17 tahun lepas.
“Kita (Kerajaan Negeri) tidak boleh membiarkan mereka terus tinggal dalam ‘rumah kontena’ ini dan kita harap projek ini siap …

Sezarah pun Amal Islami akan dinilai Allah...

SESIAPA pun boleh melakukan kebaikan kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian di sisi Tuhan. Jom buat baik ikut kemampuan masing-masing kerana Allah yang maha pengasih akan menghitung amal Islami kita yang baik, walau sebesar zarah sekalipun."Maka, sesiapa berbuat kebaikan (walau) seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)!" [Surah Zalzalah:7]Setuju?

*Dipetik daripada wacana Amal Islami: Pinang Impian Malaysia di Restoran RFC dekat Shahab Perdana, Alor Setar pada Rabu, 23 Okt. jam 9.00 malam.

KM anugerah pangkat 273 PPS

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganugerahkan tiga jenis pangkat kepada 273 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dekat Seberang Jaya baru-baru ini.
“Sebanyak tiga jenis pangkat akan akan disampaikan hari ini, iaitu Ketua Pasukan yang akan menerima tiga paku, Timbalan Ketua Pasukan yang akan menerima dua paku dan Naib Ketua Pasukan yang akan menerima satu paku.
“Ketua Pasukan telah ditetapkan dan dipersetujui oleh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) semasa awal penubuhan satu-satu pasukan.
“Manakala, jawatan timbalan dan naib diputuskan melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh ADUN dan ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing,” ujar beliau pada majlis tersebut.
Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi PPS, Phee Boon Poh, Dr. Norlaila Ariffin (ADUN Penanti) dan Datuk Mohd. Salleh Man (ADUN Permatang Pasir).
Dalam perkembangan…

'Bilik Sulit' ke Kepala Batas 9 Nov., TKM1 sertai teater serupa Bkt.Mertajam 10 Nov.

GEORGE TOWN - Teater BILIK SULIT di Kepala Batas diadakan pada 9 November, manakala, 10 November pementasa serupa di Bukit Mertajam.
Penganjur, Abdul Halim Abdul Hamid (Ayah Adam Adli) berkata, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menyatakan hasrat untuk mengikuti teater tersebut di Bukit Mertajam kendalian Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam).
Tambah beliau, AJK PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa turut mengesahkan kehadiran untuk menyampaikan ucap tama serentak dengan pementasan teater di Dewan Maliki Permatang Bertam, Kepala Batas. 
"Cadangan mengadakan Teater Bilik Sulit di Parlimen Bukit Bendera pada 9 atau 10 November ini batal," ujar Abdul Halim semasa menghubungi PenangInsight, pagi tadi.
Terdahulu, Aktivis budaya, Hishamuddin Rais menyatakan persetujuan untuk membawa pengkisahan semula kezaliman mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta tahanan tanpa bicara lain dekat Kem K…

Guan Eng lawat mangsa banjir Pmtg. Tok Subuh, bicara kes 25 Nov.

TELUK AIR TAWAR - Perbicaraan kes penduduk Kampung Permatang Tok Subuh diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh tuan tanah, Distinct Class akan disebut sekali lagi di Mahkamah Majistrit Butterworth pada 25 November depan.
Ketetapan itu dibuat oleh Pendaftar Mahkamah Majistrit, Tuan Faiz Dziyauddin selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Tetuan Fadzil, Chua dan Song mewakili pihak pendakwaan pendakwaan, manakala, pihak pembelaan diwakili oleh Ho Leng Hong dari firma Tetuan Lim, Ho & Co..
“Mahkamah (Majistrit) beri arahan kepada peguam plaintif (mewakili Distinct Class) supaya penghakiman ingkar pembelaan tidak oleh dimasukkan sehinggalah saya mengfailkan notis permohonan dengan menggabungkan semua kes, seterusnya, saya fail pembelaan
“Itu adalah satu permintaan saya kepada mahkamah tadi,” ujar Leng Hong yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di perkarangan Mahkamah Majistrit dan Syesyen Butterworth dekat sini baru-baru ini.