07 November 2013

[Youtube] 'Pre-Moterm PAS di PRU14' akhirnya jadi subjek Forum Pra Muktamar!

Exco tubuh jawatankusa pulihara kem rekreasi, Pulau Gedung Ubat tersenarai!

JAGDEEP Singh Deo (empat dari kiri) menerima maklum balas lanjut daripada Hilmy Sazlin Azny Abdul Aziz (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh Teh Yee Cheu (lima dari kiri) dan Shawal Ahmed (enam dari kiri) serta dua pegawai lain di sini baru-baru ini.

BAYAN LEPAS - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memulihara fasiliti 15 tapak kem rekreasi yang dikenal pasti di negeri ini.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa ini diharap kembali dapat menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi rekreasi perkhemahan pilihan bagi pertubuhan seragam serta rekreasi, sama ada di peringkat kebangsaan hatta antarabangsa.

“Kalau masih ingat, di Coronation Camp (dekat Air Itam) dulu diadakan Jambori Pengakap yang begitu besar tiap-tiap tahun.

“Jambori ini berjaya menarik penyertaan antarabangsa, bukan sekadar peserta Malaysia semata-mata.

“Jawatankuasa ini berasa kita perlu memulihara semula kesemua tapak kem di negeri ini supaya kembali memenuhi piawaian (perkhemahan rekreasi) antarabangsa,” ujar beliau pada satu sidang media di Taman Metropolitan Relau di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu, Hilmy Sazlin Azny Abdul Aziz (Penolong Pegawai Daerah Timur Laut) dan Shawal Ahmed (Penolong Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri) turut menyertai sidang media itu.

Sebelum itu, mereka menyertai lawatan kerja Jagdeep di beberapa kem rekreasi berwajib sekitar negeri ini.

Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat berkata, Yee Chee, wakil Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan wakil Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) antara pihak yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Tambah beliau, wakil-wakil pertubuhan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Kelab Rekreasi dan beberapa pertubuhan belia berwajib turut dalam senarai yang sedang dipertimbang untuk menganggotai jawatankuasa itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Jagdeep berkata, pihaknya akan meninjau infrastruktur rekreasi di Pulau Gedung Ubat, iaitu sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Aman, Batu Kawan.

“Sungguhpun Pulau (Gedung Ubat) ini tiada dalam senarai yang dibekalkan kepada kita (Kerajaan Negeri), kita akan meminta mereka (Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) memberikan ulasan.

“Kalau sesuai untuk dinaik taraf infrastuktur, kita (Kerajaan Negeri) akan menaiktaraf (fasiliti) di Pulau Gedung Ubat,” ujar beliau semasa menjawab soalan wartawan.

Difahamkan, Pulau Gedung Ubat tidak lagi diselenggara sejak beberapa tahun lepas selepas paip saliran yang membekalkan air bersih ke tapak kem rekreasi itu musnah akibat bencana.

Tapak kem rekreasi di Daerah Timur Laut yang dalam rancangan dipulihara antaranya Taman Belia, Empangan Air Itam, Taman Metropolitan Relau dan Pulau Jerejak.

Tapak kem rekreasi di Daerah Barat Daya yang dalam rancangan dipulihara antaranya Acheh dekat Balik Pulau, Telok Tempoyak (Bayan Lepas), Air Putih (Balik Pulau) dan Anjung Indah (Jalan Tun Sardon, Gertak Sanggul Bayan Lepas).

Tapak kem rekreasi di Daerah Seberang Perai Utara yang dalam rancangan dipulihara antaranya Taman Awam Vision dekat Kepala Batas dan Taman Rubina (Telok Air Tawar).

Tapak kem rekreasi di Daerah Seberang Perai Tengah yang dalam rancangan dipulihara antaranya Kem Cheruk To’ Kun dan Mengkuang Dam.

Tapak kem rekreasi di Daerah Seberang Perai Selatan yang dalam rancangan dipulihara antaranya Taman rekreasi Bukit Panchor dekat Nibong Tebal dan Pulau Aman (Batu Kawan).

Gulai itik Bt. 23 Yan sodaaappp!

Gulai itik Batu 23 Yan ini Abg Pa-ei yang pesan...sodap rasanya!

Anak menakan arwah Ustaz Azizan Razak, Nasoruddin Shah Mat marah kepada saya dan rakan-rakan kerana menjenguk Pulau Bunting tanpa pengetahuannya sebagai anak tempatan.

Memang patut pun Nasoruddin yang lebih mesra dengan panggilan "Tok Din" komen sebegitu pada entri sebelum ini.
  
"lawatan yg tidak menghormati otai kg situ.........ahahahah," kata Tok Din.

Saya selalu berfikir tentang diri saya dalam berkawan. Kerana itu jua, saya selalu berfikir tentang kawan-kawan yang saya kawan.

Dalam senarai terkini kawan-kawan saya, ada lima kawan yang susah saya nak dengaq mereka "mengata belakang" atau "tikam belakang".

Tok Din jenis bangsa mengata berdepan. Kalau beliau mengata berdepan saya di Facebook pun, saya suka.

Saya suka sebab dia tak pakai fake account yang lengkap dengan wajah ulamak tertentu PAS untuk buat benda-benda tak elok.   

Empat kawan lain yang susah nak dengaq depa mengata belakang kawan-kawan depa adalah Abg. Hazmi Master, Abg. Rahim Panjang, Abg. Khairul Ishak dan Abg. Zolkifly Md. Lazim.

Bab ini, saya kalah.

[Dari Kiri] Abg Hazmi Master, Abg. Rahim Panjang, Tok Din, Zainulfaqar Yaacob (penulis), blogger Abu Nawas & anaknya serta Abg Khairunnisa' bergambar kenang-kenangan di Rumah Terbuka Aidilfitri D'BM Hospital dekat Permatang Pauh anjuran keluarga Zolkifly Md. Lazim, tidak lama dahulu.

Karektor Orang Utara
Selepas menyertai pasukan Lim Kit Siang berkempen memenangkan calon PAS, Azam Abdul Samat di PRK Sungai Limau baru-baru ini, saya bersama kawan-kawan lain bergegas ke Pulau Bunting.

"Kalau jambatan (Pulau Bunting) cantik ada, takkan sepinggan nasi sedap tak jual di sana," kata Abg. Khairul yang juga Pegawai Khas bagi Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kami lawan 'bergaduh' dalam kereta kerana tak jumpa jalan masuk ke pulau itu.

Hampir semua warung di situ tiada makanan.

INI bukan warung di Pulau Bunting. Ini Kedai Makan Gulai Itik Batu 23 Yan lah. "Kekuatan kedai ini adalah pada resepi gulai itiknya yang sangat sedap, bukan pada banyaknya bilangan jenis makanan yang disediakan untuk pelanggan seperti di kedai-kedai makan yang lain," kata Zolkifly (berbaju petak merah).

Abg. Zolkiflly Md. Lazim yang juga Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) berkata, "cuci lincin makanan laku di sini (kawasan daratan menuju ke Pulau Bunting)..."

Saya balas, "kalau pelanggan banyak di sini, tak nampak pun sesak kereta parkir di sini..."

Abg. Zolkifly Md Lazim adalah ahli perniagaan. Beliau juga ahli politik PAS yang telah sedia kena kerat dalam PAS sejak era 1990-an lagi oleh grup Hj. Nordin (ayah Hafiz Nordin a.k.a. bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang).

Abg. Zolkifly suka cakap terbalik. Tok Din pun suka cakap terbalik. Dua pemimpin PAS Malaysia,, iaitu Tuan Hj. Mohd Sabu dan Datuk Mahfuz Omar pun suka cakap terbalik.

"Kalau tengok dalam filem 'Mami Jarum' dan seangkatannya dengannya, Orang Utara memang suka cakap terbalik kot? Sebab itu, Abg Mat (Mohamad Sabu) dan Datuk Mahfuz suka cakap terbalik..." kata Pengasas Sekolah Pemikir Asy-Syatibi, Ustaz Wan Ji Wan Hussin At-Ta'addudi semasa menjenguk saya di George Town, tidak lama dahulu.

Hubungi Abg. Rosli Hassan 0125978469 untuk tempahan gulai itik
atau belajar resipi kejayaan berniaga kedai makan.
Gulai Itik Yan
Perut makin memulas. Lapar.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan Sungai Limau.

Abg. Pa-ei atau nama sebenarnya Drs. Ahmad Nazri Abdullah (CEO Tunas Indah Niaga) berkata, di Yan ada gulai itik yang sodap.

Saya tak makan itik, tapi, saya terlalu ingin tahu bagaimana perasaan sedap makan gulai itik.

Oleh kerana kami orang luaq, pemilik Kedai Makan Gulai Itik Batu 23 Yan, Rosli Hassan, 40begitu meramahi kami.

"Gulai ikan temenung nak sedap di Kuala Kedah, (gulai) ikan semilang di Singai Pial (Tanjong Dawai, Kedah), kalau nak makan gulai itik di sini," ujar Abg. Rosli Hassan.

Di warung ini, kita boleh memilih untuk makan di kerusi-meja, atau duduk bersila ala-ala orang Melayu dulu-dulu.

Kawan-kawan semuanya marah saya apabila saya minta pilih makan secara duduk bersila.


Berniaga perlu ada identiti
Sambil-sambil makan, saya berceloteh. 

"Mungkin sebab cara makan duduk bersila kot, orang ramai suka makan di sini," ujar saya.

Menurut Rosli, perniagaan di sini asalnya dibina atas semangat kawan-kawan, tetapi, tidak kekal lama disebabkan ada rakan seperniagaan tidak mempunyai disipin dalam bab duit ringgit.

Selepas itu, beliau bersama-sama isteri mengambil keputusan untuk menyewa demi mengambil alih keseluruhan operasi kedai makan itu daripada tuan puan warung dan tuan punya tanah.

[Dari kiri] Khairul Ishak, Zolkifly Md. Lazim, Zainulfaqar Yaacob (penulis) dan Abg. Pa-Ei makan bersila di sini. Ustaz Izham Hashim (Pengasas NGO bela anak yatim yang dikenali sebagai Mutiara Infak) ke tandas. Rugi tak tangkap gambar sekali. hehehe... 

"Apabila saya kata, kita cuba tengok buat gulai itik. Isteri saya kata, orang Kedah ada ka makan itik. Tapi, kebanyakan yang datang di sini sebab gulai itik. Kalau nak makan bersila, di rumah pun boleh," ujar Rosli.
Menurut Rosli, kalau hari biasa, 30 ekor itik habis digulaikan. Kalau musim PRK Sg. Limau baru-bru ini, 45 ekor diperlukan tiap-tiap hari.
"Sebelum ini, saya ambil itik dari Perak. Lama-lama, saya sendiri minta kawan baik ternak itik untuk saya beli daripada dia," ujar beliau.
Rosli berkata, beliau memulakan kerja-kerja memasak di warung itu sekitar jam 9.00 pagi tiap-tiap hari.

Semua pelanggannnya boleh mula menikmati gulai itik pada waktu tengah hari dan makanan lincin sebelum jam 4.00 petang.


PAS & identiti
"Dia (Rosli) berjaya sebab dia ada disiplin dari segi kuantiti makanan yang patut dijual tiap-tiap hari.

"Disiplinnya di sini, jangan kurangkan (kuantiti) makanan dan jangan terlajak masak. Masak ikut time dan pelanggannya tahu waktu makan setiap hari. Disiplin inilah identiti perniagaan Rosli.

"PAS juga ada disiplinnya, iaitu amanah dengan janji serta (dikenali sebagai) orang yang baik dalam agamanya. Ini identiti yang pernah ada pada PAS pada kaca mata pemimpin tertentu DAP, PKR dan rakyat.

"Kalau pemimpin PAS mula kkhianat janji atau tak hormat perlembagaan parti sebab berbeza pendapat dengan ahli-ahli bawahan tertentu seperti di Pulau Pinang sekarang, identiti baik yang sedia ada mungkin akan pudar," kata Zolkifly kepada saya dan kawan-kawan yang lain di dalam kereta, semasa bergerak pulang ke Permatang Pauh.

“CELUPAN ALLAH, MAKA SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK CELUPANNYA SELAIN DARI ALLAH..." (Surah Al-Baqarah: 137)

ADUN Seberang Jaya rai nasib 110 India sempena Deepavali

DR. Afif Bahardin (tiga dari kiri) meramahi seorang penerima sumbangan di sini baru-baru ini.

ORANG kurang upaya (OKU) dan warga emas serta keluarga kurang bernasib baik antara 110 India sekitar Seberang Jaya yang menerima sumbangan sempena sambutan perayaan Deepavali dekat Seberang Jaya baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin berkata, inisiatif itu diharap dapat mengurangkan beban golongan berwajib dalam mendepani kos sara hidup yang kian naik gara-gara Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak petrol serta barang keperluan asasi lain.

“Ini merupakan satu hadiah buat keluarga yang kurang bernasib baik, orang kelainan upaya (OKU) dan juga warga emas sempena Deepavali,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai Bajet 2014, Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya lebih memberi tumpuan pada aspek menangani ketirisan, pembaziran, penyelewengan kuasa serta rasuah dalam tadbir urus kewangan negara.

Ini kerana, katanya, langkah mengurangkan subsidi komoditi keperluan asasi rakyat terbanyak meninggalkan kesan berantai seperti kenaikan harga barang serta inflasi. 

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengalu-alukan orang ramai ke Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di Taman Tun Hussien Onn di sini 10 November depan.

“Saya harap orang ramai tanpa mengira kaum dan agama dapat sama-sama memeriahkan rumah terbuka tersebut,” ujar beliau lagi.

Ahli Parlimen Bt. Kawan rai semua kaum sempena Deepavali dipuji

Penerima sumbangan, JKKK Kg. Valdor serta anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bergambar kenang-kenangan bersama-sama P. Kasthuriraani (baris kedua, empat dari kanan) selepas Majlis Sumbangan Tautan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Baru Kawan di sini baru-baru ini.

BUKIT TAMBUN - Inisiatif Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani menyampaikan sumbangan kepada 150 golongan terpilih daripada pelbagai bangsa sempena sambutan Deepavali peringkat parlimen tersebut baru-baru ini menerima pujian banyak pihak.

ZARINA (kanan) & Kasthuriraani 
Penerima, Zarina Abu Bakar, 40, melahirkan rasa syukur kepada Tuhan serta penghargaan kepada Kasthuriraani atas sumangan barang-barang keperluan rumah yang diterimanya. 

“Ini kali pertama saya terima sumbangan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada YB (Kasthuriraani) kerana beri sumbangan tak kira siapa,” ujar ibu tunggal kepada lapan anak dari Kampung Valdor itu di sini.

ONG Meng Kiat
Nada yang sama turut Ong Meng Kiat, 40-an, berkata, sumbangan itu sangat diperlukan keluarga memandangkan beliau sendiri masih tiada pekerjaan tetap belakangan ini.

“Anak kerja kecil-kecil(an) dan beri duit (saku) pun kecil-kecilan kerana saya tiada pekerjaan tetap. 

“Saya tiada kerja tetap lagi. Sumbangan ini dapat kurangkan beban keluarga saya satu dua bulan ini,” ujar beliau yang juga penduduk Taman Kasawari di sini.

N.Krishnamah
N. Krishnamah, 62, pula melahirkan rasa terharu kerana keadaan anak istimewanya, M. Thenmoli, 32, turut tersenarai sebagai penerima sumbangan sempena Deepavali tahun ini.

“Saya ada anak cacat akal OKU (orang kurang upaya). Tiap-tiap tahun, saya dapat RM100 (sumbangan emas OKU).

“Malam ini, anak saya dapat sumbangan lagi dari Ahli Parlimen di sini. Sebagai ibu, saya harap Tuhan tolong sama dia (Kasthuriraani),” ujar warga emas itu yang kini tinggal di Jalan Nenas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah.

Krishnamah turut memuji Kasthuriraani kerana cakna dengan isu-isu kewanitaan di sekitar kawasan Parlimen Batu Kawan.

“Kerajaan Negeri ada Briged Wanita (Pulau Pinang), saya tahu. Apapun isu wanita (yang) dibawa ke pejabat YB, dia akan buat follow up (tindakan susulan),” ujarnya lagi. 

P. Kasthuriraani (enam dari kiri) menerima cenderahati daripada JKKK Kg. Valdor.

Sebelum itu, Kasthuriraani berkata, sepatutnya semua pihak tanpa mengira warna kulit dan status sosial yang layak wajar diraikan di negeri ini.

"Semua kaum sama ada Melayu, India atau Cina ada pada malam ini, sebagai penerima sumbangan kerana mereka layak.

"Kita mahu jadikan semua keraian di negara ini bawa semangat Malaysia yang hakiki, tanpa perlu prejudis pada mana-mana kaum.

"Yang mampu, membantu. Yang kurang mampu, dibantu seperti yang disaksikan pada malam ini," ujar Kasthuriraani di sini.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan keharmonian rakyat majmuk di bawah pentadiran Kerajaan Negeri yang baru, sejak tahun 2008.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus