19 November 2013

Mandat PR mampu kekalkan 465 di Bkt Gelugor, kata Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk memperbaharui atau melanjutkan tempoh tanah pajakan dari 40 tahun kepada 99 tahun seperti dimohon oleh 465 penduduk berwajib Bukit Gelugor sekiranya Pakatan Rakyat terus diberi mandat memerintah Kerajaan Negeri hingga tahun 2052.

"Kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun, tetapi, syaratnya mesti membayar perbezaan premium (tanah pajakan 40 tahun kepada 99 tahun selepas permohonan diluluskan).

"Sekiranya kita (Pakatan Rakyat) terus memerintah sehingga (tahun) 2052, ini tiada masalah kerana kita (Kerajaan Negeri) akan melanjutkan (tempoh pajakan tanah) secara automatik.

"Tetapi, kalau kita bukan lagi menjadi Kerajaan Negeri ini, saya tak tahu lah kerana Kerajaan (Negeri) BN tiada dasar sedemikian,” ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan berkata demikian sebagai reaksi pada kebimbangan yang diluahkan oleh Naib Presiden Persatuan Penduduk Bukit Gelugor, M. Ganesh di media arus perdana baru-baru ini.

"Kalau luput (status pajakan tanah asal), kita akan (memberi) diskaun 90 peratus, penduduk perlu bayar 10 peratus (premium)...kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun.

"Sehingga kini, kita (Kerajaan Negeri) masih belum menerima apa-apa permohonan.

“Sekiranya ada permohonan, saya akan mencadangkan kepada (mesyuarat) Exco supaya kita (Kerajaan Negeri) akan mengenakan premium 10 peratus kepada yang luput sahaja," ujar beliau.

Difahamkan, pelaksanaan premium diskaun 90 peratus telahpun dilaksanakan di kampung warisan, kampung baru serta ladang-ladang sebelum ini.

Terdahulu, Ganesh dilaporkan bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh tanah pajakan yang dikenal pasti hampir tamat tempoh.

Beliau mendakwa Guan Eng pada tahun 2008 dilaporkan pernah mengumumkan pemilik tanah pajakan kediaman di negeri ini boleh memohon daripada Kerajaan Negeri untuk menukar status tanah mereka pada pegangan bebas (free hold).

Dalam perkemangan sama, Ganesh berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam Mesyuarat ke-66 Majlis Tanah Negara pada 1 Disember 2010 turut dilaporkan berkata, semua Kerajaan Negeri boleh meluluskan permohonan untuk memperaharui atau melanjutkan status tanah pajakan tidak melebihi 99 tahun, melainkan untuk tujuan kepentingan awam.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pusat melalui Majlis Tanah Negara belum mengeluarkan sebarang ketetapan rasmi seperti yang dinyatakan oleh Muhyiddin.

"Tanah kekal (free hold), kita (Kerajaan Negeri) memang ada hasrat, tetapi, Kerajaan Pusat tidak benarkan kerana menurut mereka, perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Tanah Negara dan belum ada keputusan rasmi," jelas Guan Eng lagi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus