Skip to main content

Posts

Showing posts from November 22, 2013

TKM sasar 100,000 pengunjung Karnival Santai Rakyat Queensbay Mall mula hari ini!

TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mensasarkan Karnival Santai Rakyat, Usahawan dan Koperasi Peringkat Daerah Barat Daya selama 10 hari bermula hari ini di parkir Queensbay Mall dekat Pantai Jerejak menerima kehadiran 100,000 pengunjung.
Justeru, katanya, sasaran itu diharap memberi manfaat kepada 90 usahawan dan penggiat koperasi yang mengisi 50 petak niaga di karnival tersebut bagi mempromosi produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta mengembangkan potensi perniagaan masing-masing.
“Kita sasar 100,000 (kehadiran) sebab sekarang adalah musim cuti sekolah. Karnival ini umpama pintu pembukaan pada Pesta Pulau Pinang 2013 yang bermula pada 25 November hingga 31 Disember,” ujar Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak pada pagi tadi di Komtar, di sini.
Zaini Abu Hassan mewakili penganjur, ZBS turut hadir pada sidang media itu.
Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyara…