25 November 2013

Bicara kes usir penduduk Kg.Pmtg.Tok Subuh sambung 29 Nov.

PENDAFTAR Mahkamah Majistrit, Tuan Faiz Dziyauddin pagi tadi menangguh perbicaraan kes saman tuan tanah Distinct Class ke atas tujuh penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh ke Jumaat ini.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Pematang Tok Subuh, Hamidah Che Embi (gambar) berkata, ketetapan itu dibuat selepas pihak pembelaan memohon ketujuh-tujuh defenden disekalikan sebagai satu kes.

"Tangguh ke 29 November ini sebab peguambela Ho Leng Hong memohon digabungkan semua ketujuh-tujuh pihak yang disaman oleh tuan tanah (menjadi satu pihak)," ujar Hamidah menerusi telefon, petang tadi.

Dalam perbicaraan lepas, Leng Hong yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) berjaya menangguhkan hasrat pihak pendakwaan membuat penghakiman ingkar sehinggalah pihak pembelaan menfailkan notis permohonan untuk menggabungkan kesemua saman yang dihadapi oleh difenden.

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri melalui MPSP tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Permatang Tok Subuh sekiranya rancangan pemajuan berwajib nyata merugikan kepentingan penduduk asal di situ.


LiNK BERKAITAN:

Amir Ghazali nasihat Jeff Ooi mohon maaf demi parti

AHLI Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sekali lagi didesak memohon maaf gara-gara menggelarkan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman sebagai 'tokong'.

Kelmarin, Jeff digesa memohon maaf kerana menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinag (MPPP) tertentu sebagai 'kucing kurap'.

Bekas Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Md. Ghazali (gambar) berkata, langkah permohonan maaf ahli politik DAP itu dapat menghentikan pertikaman lidah sesama semua pihak berwajib dalam media, selain, menjernihkan muafakat kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat negeri.

"Sebaiknya, demi perpaduan erat yang telah diikatsimpulkan DAP dan PKR, kewajaran untuk pemohonan maaf diberi perhatian oleh Jeff Oii adalah keutamaan," ujar Amir menerusi laman sosial Facebook.

Tender terbuka bina 707 rumah mampu milik Kg. Jawa hingga 16 Dis.

WONG Hon Wai (dua dari kiri) meneliti grafik projek.
KERAJAAN Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini mengumumkan tender tender kepada pemaju yang berminat dengan projek pembinaan dua blok rumah mampu milik berketinggian 25 tingkat atas sebidang tanah berkeluasan 3.56 hektar di Kampung Jawa di sini.

Pengerusi PDC Properties Sdn. Bhd., Wong Hon Wai berkata, kedua-dua blok tersebut masing-masing terdiri daripada 353 unit rumah sederhana rendah dan 354 unit rumah kos sederhana.

Beliau berkata, projek yang dicadangkan itu  dilengkapkan dengan empat tingkat parkir, serta 17 lot kedai, surau dan dewan orang ramai pada tiga tingkat lain.

Tidak cukup dengan itu, Hon Wai berkata, kemudahan seperti tadika, kawasan rekreasi, dewan serbaguna serta pagar kawasan perumahan turut melengkapi kemudahan awam di kawasan perumahan yang dicadangkan tersebut..

Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam berkata, tarikh tutup permohonan tender terbuka projek tersebut adalah pada 16 Disember depan.

"Kami (Kerajaan Negeri) akan memilih kontraktor yang sesuai selepas tarikh tutup dan berharap projek ini akan bermula pada Januari 2014.


"Pihak yang berminat perlu menghadiri taklimat tapak pada 18 November pada pukul 10 pagi di Bilik AV, Tingkat 2, Bangunan PDC di Bayan Baru," dalam satu sidang media di Bagan.

Syuhirdy, pencuci pinggan jadi pensyarah

SYUHIRDI Mat Noor
BELIAU pernah menjadi tukang basuh pinggan di hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM) dua dekad lepas.

Sokongan kawan dan beberapa pensyarah di universiti berkenaan mendorong beliau meneruskan pengajian peringkat diploma latihan chef, iaitu sekitar bidang pemasakan.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang kulinari, seterusnya, dalam bidang gastronomi pada peringkat sarjana.

Gastronomi adalah bidang berkenaan pelancongan pemasakan dan kesihatan.

Berbekalkan segulung ijazah master dalam gastronomi, melayakkan Syuhirdy Mat Noor, 35, atau lebih mesra di kenali sebagai "Chef Ady" dilantik menjadi pensyarah di Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan UiTM Kampus Pulau Pinang dekat Permatang Pauh.

"Dulu, saya memang bekerja di hotel UiTM, sebagai pencuci pinggan. Saya belajar dari bawah kerana UiTM membuka peluang itu untuk orang seperti saya.

"Kawan-kawan serta beberapa pensyarah di sini yang memberi semangat untuk saya melanjutkan pengajian.

"Saya mula dari diploma hingga sarjana di UiTM bukan (dalam mood pengajian) sepenuh masa, tetapi, dalam kerja," ujarnya Syuhirdy semasa diwawancara oleh ZAINULFAQAR YAACOB di Pulau Aman dekat Batu Kawan baru-baru ini.

Jadi Pensyarah
Syuhirdy berkata, beliau mudah mengendali pelatih-pelatih yang mempunyai karektor rencam di universiti kerana beliau sendiri pernah melalui "pengajian dari bawah".

Beliau berkata, bidang pengurusan perhotelan dan pelancongan sebenarnya mempunyai prospek kerjaya yang cerah di Pulau Pinang, sungguhpun umum menganggap jurusan itu tidak popular.

"Profesionalisme dalam gastronomi di negara ini masih perlu dikembangkan kerana literature review bagi satu-satu resepi makanan hampir tidak ada.

"Kalau saya memasak asam pedas umpamanya, saya tidak boleh mengaku saya sebagai pengasas resepi itu kerana literature review menunjukkan hampir tidak ada masakan tersebut serta masakan-masakan lain asal dari negara ini.

"Di Barat, literature review ada di mana akan ada ahli gastronomi akan mengaku pengasas bagi satu-satu hasilan resepi makanan.

"Tidak memadai sekadar mengajar di universiti sahaja. Seseorang itu perlu menjadi penulis perihal makanan, pengusaha restoran serta pengasas satu-satu jenis makanan, baru melayakkan seseorang itu menjadi ahli gastronomi, dan itu fokus saya sebenarnya selain mengajar di universiti," ujar beliau.

Pelancongan Makanan
Tahu tidak tahu Syuhirdy secara tidak langsung turut menjadi konsultan pelancongan makanan di restoran The Ridge dekat Jeti Pulau Aman.

Restoran mewah itu disewa daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Pelbagai makanan dari gugusan Asia, Timur Tengah, Eropah serta Amerika Latin boleh dinikmati di sini dengan harga yang berpatutan.

Syuhirdy berkata, Pulau Aman boleh dikenali sebagai hub pelancongan makanan kerana Pulau Pinang sendiri hingga sekarang dikenali sebagai destinasi makanan enak dunia, seperti char koey teow dan laksa Penang.

"Pulau Pinang adalah salah satu produk pelancongan negara kerana mempunyai kawasan pantai yang cantik, lokasi peranginan dan yang paling penting, kawasan-kawasan tinggalan sejarah serta resepi makanan yang enak.

"George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO) merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong...sebenarnya, banyak lagi kalau diteroka di Pulau Aman sendiri," ujar beliau.

Pulau Aman bak 'mutiara'
Kata orang tempatan, Pulau Aman bagaikan mutiara yang tersembunyi di bawah tikar yang menunggu seseorang menggilapnya untuk dinilai oleh dunia.

Syuhirdy berkata, Pulau Aman sebenarnya kaya dengan produk dark tourisme atau kawasan tinggalan sejarah yang menarik kunjungan pelancong.

Menurut penduduk di sini, Francis Light mula-mula mendapat di Pulau Aman sebelum melabuhkan kapal di kawasan pulau, kini dikenali sebagai George Town atau Prince of Wales suatu ketika dulu.

Prince of Wales dipilih kerana kawasan perairan Pulau Aman cetek untuk laluan masuk kapal-kapal besar.

"Berdekatan restoran The Ridge ini, masih terdapat dark tourism tapak monumen sejarah seperti rumah British, menara api serta kolam tadahan air yang menjadi sumber bekalan air kapal-kapal di sini," ujarnya.

Menurut Syuhirdy, naratif orang tempatan memberitahu, Pulau Aman hampir dijajah oleh penjajah Jepun suatu ketika dahulu.

"Jepun pernah cuba menyerang pulau ini, tetapi, tidak jumpa pulau ini.

"Inilah satu-satunya pulau yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana pihak, dan 100 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu sampai sekarang," ujar beliau.

Tambahnya lagi, pulau ini pernah menjadi perkubuan para panglima serta lanun yang menjadi buruan penjajah.

Malah, menurut cerita orang tempatan, kerabat Kerajaan Negeri Kedah yang pernah menjadi mangsa buruan penjajah turut menghuni di pulau ini.

"Bunga ufti emas dirompak di perairan ini, sebab itu ada 'Batu Perompak' dan 'Telaga Emas' di Pulau Aman.

"Nama Pulau Gedung Ubat bersebelahan dengan Pulau Aman pula kerana di pulau itu pernah menjadi tempat simpan 'ubat', iaitu peledak bom serta peluru milik British.

"Sebenarnya banyak dark tourism (kawasan tinggalkan sejarah) di pulau ini, cuma perlu dipulihara sebagai produk pelancongan negeri," ujar Shuhirdy.

Harapan
Syuhirdy yakin Pulau Pinang mempunyai prospek pelancongan makanan dan dark tourism yang cerah kerana Kerajaan Negeri giat fokus membangunkan sektor perkhidmatan itu di negeri berkenaan.

Yang tinggal, katanya, sama ada kawasan Pulau Aman ini tersenarai dalam pelan pelancongan negeri serta negara atau tidak, sungguhpun dianggarkan hampir 45,000 pelancong dalam negeri dan luar negara datang bertandang di Pulau Aman tiap-tiap tahun.

Shuhirdy berkata, pihak berwajib perlu datang ke Pulau Aman untuk memulihara semua monumen bersejarah serta infrastruktur pelancongan di sekitar Pulau Aman.

Itu, termasuk memperbaiki sistem paip yang membekal air bersih ke Pulau Gedung Ubat dengan syarat memelihara kepentingan hak penduduk asal di semua destinasi pelancongan Pulau Aman itu sendiri.

"Kerja mempromosi Pulau Aman sebagai hub dark tourism sebenar tidak sukar lagi, kerana pulau ini sudah dikenali sebagai destinasi pelancongan makanan disebabkan adanya makanan udang galah yang cukup enak di sini.

"In sha Allah, saya dengan kerjasama NGO (badan bukan kerajaan) Persatuan Rekreasi Belia Batu Kawan sedang merancang sambutan Detik Tahun Baru 2014 bermula pada petang 31 Disember nanti di dataran restoran The Ridge.

"Persembahan pentas, percikan bunga api serta sajian makanan enak akan ditawarkan dalam sambutan tersebut untuk menarik pelancong ke pulau ini khususnya dan ke Pulau Pinang secara umumnya," ujar Syuhirdy yang bercita-cita menjadi Ahli Gastronomi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus