26 November 2013

Kenyataan Jeff Ooi bukan pendirian DAP, Kerajaan Negeri - Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (kiri).
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilihat seakan mengambil pendirian yang tidak jauh berbeza dengan PAS semasa diminta mengulas mengenai kontroversi isu 'kucing kurap' dan 'tokong' yang dicetuskan oleh Ahli Parlimennya, Jeff Ooi Chuan Aun.

Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir berkata, kenyataan Jeff Ooi itu tidak wajar dilihat mewakili DAP atau Kerajaan Negeri.

"Dua Kenyataan Jeff Ooi itu bukanlah mewakili DAP dan (bukan) melambangkan pendirian Kerajaan Negeri. 

"Itu adalah kenyataan peribadinya," ujar Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota pada pagi tadi di Datuk Keramat.

Ekoran itu, Kon Yeow menasihatkan Jeff Ooi memanggil Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Ar. Patahiyah Ismail untuk duduk berbincang demi menjernihkan isu kontroversi itu.

"Beliau (Jeff Ooi) dinasihatkan memanggil YDP MPPP untuk duduk berbincang," ujar Kon Yeow.

Sebelum itu, beliau menyempurna majlis menanam pokok teduhan di jalan utama Datuk Keramat-Masjid Negeri, di sini bersempena Fasa II Projek Penghijauan Bandar anjuran MPPP.

Fasa I projek mesra alam itu bermula dari Pasar raya GAMA hingga Dato' Keramat, bermula pada penghujung tahun lepas.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong, Mohd. Faruk Abdul Rahman berkata, penduduk wajar berbincang mengenai kelemahan menguruskan aduan pelanggan oleh Jabatan Pelesenan MPPP, berbanding kontroversi isu 'kucing kurap' dan 'tokong' yang meledak politik Pulau Pinang sekarang.


PAS Jelutong: Pelesenan MPPP lemah isu pokok, bukan peribadi Jeff Ooi

BEGINILAH kesesakan di jalan utama masuk ke kawasan sekitar Pasar Awam Jelutong yang berpunca oleh aktiviti penjaja berlesen sendiri tidak berniaga dalam kotak niaga yang ditetapkan, selain, parkir kenderaan tidak bersusun.
INILAH senario kesesakan pada musim cuti sekolah di jalan utama berdekatan Pasar Awam Jelutong yang sempat dicuri dek lensa pada jam 8.00 pagi tadi. Bayangkan senario kesesakan pada hari guru serta murid ke sekolah.
PENJAJA 'haram' berani berniaga betul-betul di depan pagar rumah penduduk setempat berpunca oleh kelemahan Jabatan Pelesenan MPPP dalam mengurus aduan komuniti setempat sejak sebelum PRU12, 8 Mac 2008 lagi.

TiADA tindakan wajar daripada Jabatan Pelesesan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenai aktiviti penjajaan tanpa lesen di depan pintu pagar premis kediaman komuniti setempat di sekitar kawasan Pasar Awam Jelutong adalah perkara pokok yang wajar diselesaikan, bukan kontroversi isu  ‘kucing kurap’ dan ‘tokong’.

MOHD. Faruk Abdul Rahman meninjau isu sebenar di sini.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong, Mohd. Faruk Abdul Rahman menasihatkan semua pihak supaya jangan mengabaikan isu pokok berwajib sungguhpun tidak selesa dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun.

“Penjaja tanpa lesen tiap-tiap pagi berniaga di depan rumah komuniti. Amarah rakyat jangan sampai menutup isu pokok, iaitu kelemahan Jabatan Pelesesan mengurus aduan komuniti di sini.

“Umno mungkin akan memainkan isu ini (kononnya) DAP mengusir peniaga Melayu atau staff MPPP berbangsa Melayu dihina sebagai 'kucing kurap' atau ‘tokong’, tetapi akar umbi PAS di Jelutong sangat jelas mengenai isu ini,” ujar Mohd. Faruk awal pagi tadi di perkarangan Pasar Awam Jelutong, di sini.

Mohd. Faruk berkata, beliau sendiri secara peribadi akan marah apabila aduannya seakan tidak dilayan.

BUKTI tersusun perniaga berlesen berniaga dalam petak. 
“Yang membuat aduan, semuanya Cina. Cina yang membuat aduan ini sama ada penduduk atau penjaja berlesen sendiri yang selama ini berniaga dalam kotak niaga yang disediakan oleh MPPP.

“Semua peniaga tanpa lesen pun yang berniaga sampai depan rumah penduduk setempat pun adalah Cina sama bangsa dengan Jeff Ooi. 

"Kalau saya, saya pun marah kerana tiada tindakan wajar atas aduan yang dibuat kepada (Jabatan) Pelesenan,” ujar beliau.

Justeru, pemimpin Umno Pulau Pinang serta fraksi-fraksi parti perkauman itu dinasihatkan supaya tidak mengambarkan kenyataan kontroversi isu ‘kucing kurap’ dan ‘tokong’ sebagai simbol Kerajaan Negeri anti Melayu di.

JEFF Ooi Chuan Aun
“Mungkin boleh fitnah Jeff Ooi anti Cina sebab aduan ini menyentuh kepentingan penjaja Cina tanpa lesen, tetapi fitnah itu sudah jadi lawak antarabangsa lah,” sindir Mohd. Faruk.

Tinjauan di lapangan seawal 7.30 pagi tadi menyaksikan Jalan Ipoh menghala ke Lorong Sekolah cukup sesak sungguhpun peniaga-peniaga yang mempunyai lesen berniaga dalam petak niaga yang disediakan.

Di satu persimpangan lain, peniaga-peniaga tanpa lesen berniaga betul-betul di depan pagar rumah penduduk setempat.

Itu, tidak termasuk budaya parkir secara tidak sistematik di kiri dan kanan bahu jalan berwajib sehingga mengakibatkan kesesakan trafik pada waktu perdana, terutama pada masa datang dan balik sekolah.

Seorang responden yang enggan identitinya diketahui memberitahu, komuniti setempat sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (8 Mac 2008) lagi acap kali membuat aduan kepada Jabatan Pelesesan MPPP, namun, tiada langkah proaktif dilakukan ke atas penjaja-penjaja haram di sini.

"Jeff ini macam 'ayam sabung' yang akan lantang pertikai kelemahan semua pihak, bukan MPPP sahaja. Apa boleh buat, kalau rakyat tidak suka dengan ketegasannya itu, sejak PRU-13 (5 Mei 2013) lagi dia akan kalah," ujar responden sama. 
TEKAPAN skrin komputer mendedahkan Jeff Ooi menulis, "I want to ask MPPP, MPPP Councillors and the illegal hawkers... What if it's your family member needs ambulance, and the ambulance is hampered like in Ipoh Lane? Do you empathize?"
Seorang guru memberitahu, beliau, rakan sejawat lain serta murid-murid acap kali menghadapi masalah kesesakan trafik semasa pergi dan pulang ke sekolah.


Beliau yang enggan identitinya diketahui umum berkata, pihak pentadbiran sekolah pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun, bagaikan “mencurah air ke daun keladi”.

“Waktu cuti sekolah seperti pagi ini pun, aktiviti penjajaan haram berleluasa serta jalan cukup sesak, bayangkan pada musim persekolahan,” ujar guru berkenaan.

INI gambar pada musim cuti sekolah,kenderaan parkir di bahu kanan kiri jalan menyempitkan trafik bergerak. Bayangkan pada musim persekolahan?.

Responden lain pula memberitahu, sebuah ambulans dalam kecemasan pernah terperangkap di tengah-tengah kesesakan Jalan Ipoh-Lorong Sekolah ini ekoran kelemahan tadbir urus Jabatan Pelesenan MPPP.

“Rakaman itu memang ada di youtube,” ujar lelaki separuh umur tersebut sambil menunjukkan rakaman berwajib, pagi tadi.

Terdahulu, Jeff Ooi menerima kritikan banyak pihak gara-gara didakwa menghina staff MPPP berbangsa Melayu tertentu sebagai ‘kucing kurap’.

Difahamkan, Jeff Ooi marah dengan pegawai pelesenan atasan yang didakwa tidak turun padang berinteraksi dengan penduduk sebagaimana yang cuba dilakukannya baru-baru ini.

Kontroversi isu ‘kucing kurap’ yang disebut oleh Jeff Ooi turut mendapat respons bekas timbalan ketua menteri I merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato’ Mansor Othman.

Mansor yang kini Ahli Parlimen Nibong Tebal menasihatkan Jeff Ooi supaya lebih profesional.

Dalam reaksi balas, Jeff Ooi dilaporkan mengungkit semula isu ‘tokong’ yang pernah dikaitkan dengan Mansor sebelum ini, hingga mengundang amarah berantai daripada sayap pemuda PKR, iaitu AMK.

Selain di media arus perdana, avatar mesra Umno Barisan Nasional di laman sosial facebook serta twitter rata-rata menggambarkan Jeff Ooi menghina Melayu.

Walhal, maksud hakiki amarah Ahli Politik DAP tersebut merujuk pada kelemahan Jabatan Pelesenan MPPP dalam menguruskan aduan kominiti sejak sekian lama dulu.

Mampukah perhatian rakyat kembali dibawa berbincang isu pokok sebagaimana yang dicadangkan Mohd. Farukm, berbanding sentimen politik asabiah yang diledakkan dalam media arus perdana belakangan ini?  



Putrajaya, syarikat konsesi tidak rugi jika HAPUS tol Jambatan P.Pinang 2018 - Zolkifly

(Dari kiri) Zolkifly Md. Lazim, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) dan Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
HAPUS atau Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang berpendapat bahawa Putrajaya mampu menghapuskan tol pada jambatan pertama di negeri berkenaan pada tahun 2018 sebagaimana termaktub dalam perjanjian bersama-sama syarikat konsesi hampir tiga puluh tahun lepas.

Pengerusi HAPUS, Zolkifly Md. Lazim berkata demikian sebagai reaksi pada dalih Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

"Kerajaan Pusat tidak akan rugi kerana perjanjian konsesi yang dipersetujui patut tamat pada tahun 2018, bukan dilanjutkan hingga tahun 2038 serentak dengan tempoh perjanjian dengan syarikat konsesi untuk jambatan kedua Pulau Pinang," ujar Zolkifly awal pagi tadi di Nasi Kandar Beratoq, Butterworth.

Terdahulu, Bernama melaporkan, Putrajaya bakal terdedah kepada pelbagai tuntutan ekoran melanggar perjanjian dengan dengan syarikat-syarikat konsesi tol berwajib.

Fadillah berdalih, pentadbiran Najib bakal berdepan dengan implikasi kewangan yang besar.

Pun begitu, dalihnya lagi, Putrajaya akan mengkaji kadar tol di beberapa lebuh raya bersama-sama syarikat konsesi tol berwajib.

Malah, Fadillah dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 turut berdalih, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) turut bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol dalam tempoh lima tahun ini sahaja.

Menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mendakwa Putrajaya sengaja mencari alasan untuk mengenakan tol sedangkan beberapa negara lain tidak berbuat demikian, Fadillah berdallih, Kerajaan Pusat menyediakan jalan persekutuan yang baik sebagai alternatif kepada pengguna.

Tambah Fadillah, Putrajaya turut memberi peruntukan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan seliaan kerajaan negeri, termasuk Selangor yang menerima lebih RM498 juta setahun.

"Peruntukan ini diberi mengikut panjang jalan yang diisytiharkan oleh pihak negeri yang disalur terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui Jabatan Kerja Raya atau kementerian," dalih Fadillah sebagai menjawab celahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), sebelum itu.

Mujahid wakil PAS bincang isu sensitif Malaysia, Putrajaya!


Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa antara 29 anggota yang menyertai Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) di Putrajaya bagi merangka agenda perpaduan nasional dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata, MKPN diberikan kebebasan untuk membincangkan isu-isu yang dianggap sensitif seperti larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, isu perumahan isu-isu yang melibatkan kepentingan Sabah-Sarawak.

Malaysiakini.com petang semalam melaporkan, majlis itu diketuai Pengerusi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman.

Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar, Datuk Marina Mahathir (anak bekas perdana menteri ke-4), Datuk Saifuddin Abdullah (bekas timbalan menteri pengajian tinggi) dan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (selebriti dakwah) turut menganggotai jawatankuasa tersebut.

Tokoh pelbagai bidang dari Ahli Politik PAS hingga pelakon dikumpulkan dalam satu majlis bagi membentangkan cadangkan kepada kabinet mengenai isu-isu yang perlu ditangani secara bersama.

Najib: MPKN syorkan “blue print” penyatuan nasional, pemimpin PAS antara anggota -The Malaysian Insider

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus