Skip to main content

Posts

Showing posts from December 8, 2013

PAS harap Umno serah Dewan Komuniti Penaga kepada JKKKN ikut ketetapan mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas ADUN Penaga,  Datuk Azhar Ibrahim untuk membatalkan arahan Kerajaan Negeri supaya pembangkang Pulau Pinang mengosongkan Dewan Komuniti Penaga baru-baru ini."Saya harap Umno dapat menghormati keputusan Mahkamah serta menyerahkan dewan itu kepasa JKKK N(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Negeri)," ujar Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Ridwan Osman pagi tadi.Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pelancaran Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) dekat Masjid Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas.Mewakili PAS Kawasan Penaga, Ridwan berkata, satu majlis gotong-royong dianjurkan di Dewan Komuniti Penaga itu serentak dengan majlis meraikan kemenangan Kerajaan Negeri menggagalkan rancangan pembangkang Umno Barisan Nasional Pulau Pinang tersebut."Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut hadir merasmikan program gotong-royong," ujar Ridwan.
Dewan Komuniti Penaga itu dibina oleh Perda semasa Um…

Pulau Pinang lancar Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR)!

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sendiri turun padang di Masjid Haji Abdullah Fahim dekat Kepala Batas bagi menyempurnakan majlis pelancaran Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) peringkat negeri.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd.Rashid Hasnon berkata, kempen itu adalah permulaan pada kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Justeru, Mohd. Rashid berharap, RM250 yang diperuntukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada tiap-tiap masjid kariah di negeri ini dapat digunakan untuk memacak papan iklan kempen MASBAR sesegera mungkin.
"Ia (MASBAR) wajar disokong dan dipuji sebagai usaha mendidik anak-anak kariah di tiap-tiap masjid untuk melaksanakan fatwa melarang aktiviti tidak sihat ini," ujar Mohd. Rashid baru-baru ini di depan lebih 500 hadirin, termasuk ahli jawatankuasa kariah masjid-masjid di negeri berkenaan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan D…