Skip to main content

Posts

Showing posts from December 10, 2013

Sensitiviti gender Hon Wai 'bagus' - Chong Eng

MASALAH perceraian membabitkan lelaki di Pulau Pinang wajar mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan pada gender itu, bukan kepada wanita sahaja.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai menasihatkan Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng supaya tidak mengabaikan lelaki semasa pelaksanaan Bajet Bertanggungjawab Gender (GRR).
"Jangan pinggirkan lelaki dalam program-program yang dilaksanakan.
"Saya meminta MMK Keluarga hendaklah memberi fokus secukupnya terhadap kaunseling untuk lelaki dan wanita supaya kadar penceraian ini di tahap yang minimum," ujar Hon Wai semasa membahaskan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town pada petang tadi.
Hon Wai mendedahkan, kadar penceraian keseluruhan pada tahun 2011 sebanyak 4,434 kes dan 2012 (2,654 kes) dan setakat September 2013 (2,270 kes).
Beliau berkata, kadar penceraian di Mahkamah Shariah yang membabitkan pasangan Islam sahaja dica…

'Nenek Rasis' tuntut mohon maaf Guan Eng

KETUA Pembangkang, Datuk Jahara Hamid yang digelarkan sebagai 'nenek rasis' menuntut permohonan maaf daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng demi memulihara kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. 
"Saya menuntut Y.A.B. Ketua Menteri memohon maaf demi memulihara kemuliaan dewan ini," ujar Jahara di DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.
Celahan itu dilakukan semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey sedang membahaskan Bajet 2014.
Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dalam reaksi spontan memberitahu, Guan Eng dalam satu kenyataan lain telahpun memohon maaf atas penggelaran itu.

Tetapi, menurut Guan Eng (ADUN Padang Lalang), Guan Eng masih menganggap Jahara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sidang media, semalam.
Jahara yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam sidang dewan semalam turut enggan memohon maaf, walaupun diminta berbuat demikian…

Warta Masjid Jamek Batu Uban jadi bangunan bersejarah - Jayabalan

KERAJAAN Negeri wajar mewartakan Masjid Jamek Batu Uban yang dididikan pada tahun 1786 dan kini berusia kira-kira 227 tahun sebagai satu lagi produk warisan pelancongan bersekali dengan bangunan-bangunan bersejarah lain di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dr. T. Jayabalan (gambar) berkata, langkah mewartakan bangunan bersejarah itu akan mengayakan lagi produk pelancongan di negeri berkenaan.
"Kita minta Pulau Pinang memasukkan itu (Masjid Jamek Batu Uban) sebagai bangunan warisan pelancongan kerana masjid itu berusia lebih 200 tahun," ujar Jayabalan semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.  
Difahamkan, Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas dekat Perak pernah menyatakan  bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama dibuka sebelum George Town. 
Dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, Datuk Nakhoda Nan Intan membuka…

Choo Kiang nasihat semua, bukan Rayer sahaja

SPEAKER Datuk Law Choo Kiang mengaku bahawa beliau memberi nasihat kepada semua anggota mesyuarat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tetapi, tidak ditujukan secara peribadi kepada mana-mana pihak.
Penjelasan itu sekaligus memadamkan cakap-cakap politik, kononnya, Choo Kiang ada menasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer yang didakwa mengganggu perjalanan mesyuarat sesi pagi semalam, hatta, mendorrong semua wakil rakyat pembangkang meninggalkan dewan.
"Saya minta panaskan dewan dengan cara yang betul, jangan panaskan dewan dengan cara yang tidak betul," jelas Choo Kiang yang juga ADUN Bukit Tambun kepada wartawan pada petang tadi di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town.
Tinjauan sejak pagi tadi, proses perbahasan Bajet 2014 berjalan lancar walaupun kadang kala tercuit dek isu politik yang tajam oleh segelintir ADUN Kerajaan dan Pembangkang.

Sistem Perkongsian Basikal akan dilaksanakan di P.Pinang - Kon Yeow

SiSTEM Perkongsian Basikal akan dilaksanakan di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO tidak lama lagi, sekaligus, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal pertama di negara ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pengguna boleh menyewa perkhidmatan awam itu secara saling berkongsi serta layan diri.
"Sistem Perkongsian Basikal telah berjaya dipraktik dengan baik di Negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun...(sekaligus) mempromosi aktiviti berbasikal sebagai pengangkutan alternatif yang sihat serta mesra alam berbanding kenderaan bermotor," ujar Kon Yeow di Dewan Bandaran, George Town pada petang tadi.
Demi merealisasikan pelan pengangkutan awam masa depan itu, Kon Yeow berkata, semua syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak memohon projek tersebut secara tender terbuka.
"Mana-mana pihak yang berminat menyertai tender terbuka diwajibkan menghadiri taklimat me…