13 December 2013
Laksana polisi anti monopoli gender - Soo Huey
Cadangan itu sebagai reaksi pada ucapan penggulungan Bajet 2014 oleh Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng yang menyarankan sekurang-kurangnya 30 peratus ADUN dan Ahli Parlimen adalah wanita.
"Saya bersetuju bahawa kita (Kerajaan Negeri) sangat memerlukan lebih ramai ADUN wanita kerana separuh daripada populasi rakyat Pulau Pinang.
"50 peratus (824,000 orang) adalah lelaki dan 50 peratus (823,700 orang) adalah wanita di Pulau Pinang," ujar Soo Huey dalam satu sidang media di DUN Pulau Pinang dekat George Town, petang tadi.
Chong Eng berkata, sepatutnya usaha menggalakkan lebih ramai wanita terjun dalam arena politik serta tadbir urus Kerajaan Negeri perlu digiatkan, bukan terbatas pada jawatan wakil rakyat.
Nada yang sama turut diluahkan oleh ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin dan Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang).
Dua wakil rakyat lelaki lain yang menyertai sidang media sama, ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon dan Teh Lai Heng (ADUN Komtar) masing-masing turut menyokong polisi anti monopoli gender tersebut.
Hasil negeri bertambah sebab jual tanah fitnah BN - Guan Eng
Isu Pmtg. Tok Subuh: Kerajaan Negeri mahu runding - Guan Eng
Kerajaan Negeri akan terus berusaha mencari penyelesaian di luar mahkamah dengan tuan tanah Distinct Class yang membabitkan 27 penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam, kata Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
"Walaupun isu ini telah dibawa ke mahkamah oleh tuan tanah dan masih dalam proses sebutan, Kerajaan Negeri masih cuba mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.
"Wakil rakyat PR (Pakatan Rakyat) telahpun melantik seorang peguam untuk mewakili penduduk dalam kes mahkamah bagi berdepan dengan peguam pemilik tanah yang memiliki latar belakang BM (Barisan Nasional) yang tebal," ujar Guan Eng semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi tadi.
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kesenian & Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata, empat kali perbincangan diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Seberang Perai Tengah sebelum ini, iaitu pada tarikh 12 Julai, 8 September, 18 Oktober dan 4 Disember lepas.
Tambah beliau, penduduk berkenaan hanya ditawarkan pampasan antara RM7,000 hingga RM35,000 jika bersetuju menandatangani surat perjanjian pampasan yang dicadangkan oleh tuan tanah.
Penjelasan Guan Eng itu sebagai respons pada pertanyaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon.
Terdahulu, Guan Eng semasa melawat mangsa banjir di kampung tersebut pernah menyatakan komitmen bahawa Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan melakukan sebarang pelan perancangan pembangunan di atas Lot 1258 Mukim 14 Kampung Permatang Tok Subuh sekiranya tidak menguntungkan penduduk asal di situ.
Pasang CCTV Ropewalk Bagan dapat perhatian TKM1
Cadangan Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Berhad memasang CCTV di Ropewalk Bagan akhirnya mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon sendiri.
Jurucakap koperasi, Nasorudin Shah Mat berkata, langkah itu demi mencegah jenayah serta aktiviti tidak sihat membabitkan 'mak nyah' di kawasan tersebut.
"Saya akan berbincang dengan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) kerana Kerajaan Negeri memang ada cadangan untuk memasang CCTV di pulau dan Seberang Perai untuk cegah jenayah," ujar Mohd. Rashid di kepada wakil koperasi itu di Bayan Baru, malam tadi.
Timbalan Yang di-Petua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru, Datuk Abdul Halim Hussain yang turut menyertai pertemuan tersebut turut melahirkan hasrat untuk mengetengahkan isu 'mak nyah' dalam mesyuarat majlis nanti.
Nasorudin serta beberapa wakil koperasi lain melahirkan harapan supaya cadangan itu direalisasikan secepat mungkin demi kepentingan bersama.
Nama Pulau Jerejak jadi 'Pulau Mazu' fitnah - Guan Eng
KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menjelaskan mengenai isu nama Pulau Jerejak kononnya ditukar kepada nama 'Pulau Mazu' sebagaimana didakwa oleh pembangkang Pulau Pinang.
"Janganlah disebut Pulau Jerejak ditukar pada (nama) Pulau Mazu, iaitu sempena nama satu dewa.
"Saya pun pernah jadi pembangkang, kalau nak mengemukakan segala dokumen, bukan berdasarkan blog-blog berunsur fitnah," ujar Guan Eng pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi tadi.
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan & Warisan dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam berkata, beliau secara peribadi tidak tahu mengenai nama baru Pulau Jerejak itu memandangkan Kerajaan Negeri tidak pindah menukar nama pulau tersebut secara rasmi.
Malah, katanya lagi, tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pengusaha terbabit kerana memajukan pulau tersebut tanpa kebenaran pada masa yang sesuai kelak.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Jahara Hamid berdalih bahawa beliau tidak pernah mengaitkan Guan Eng dengan isu 'Pulau Mazu'.
Pun begitu, beliau tidak menjelaskan mengenai tindak tanduk ADUN Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menunjukkan gambar Guan Eng di 'Pulau Mazu' yang diambil dari blog mesra pembangkang Pulau Pinang.
"Saya kata, 'seorang pengusaha telah menukar nama pulau' dalam dewan ini," dalih Jahara.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...