15 December 2013

Ibu Mustafa Kamal meninggal dunia

Ibu bekas Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusof dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Allahyarhamah akan disimpan di Sungai Bogak dekat Bagan Serai, Perak.

Mustapha merupakan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Tambah peruntukan kesihatan jika rasionalisasi subsidi gula jujur :Steven Sim

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong mencadangkan peruntukan kesihatan rakyat ditingkatkan melebihi lima peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagaimana disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut beliau, cadangan itu boleh menggunakan dana hasil pengurangan subsidi gula tahunan yang berjumlah kira-kira RM1.1 bilion seperti diperjelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini.

"Tambah peruntukan kesihatan melebihi lima peratus daripada KDNK ikut saranan WHO menggunakan RM1.1 bilion ini jika perdana menteri jujur melaksanakan rasionalisasi subsidi gula," ujar Chee Kiong dalam program Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Surau Kampung Bukit Kechil dekat Bukit Mertajam, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng turut menyertai program Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma I Love BM itu, yang dianjurkan secara bersama Persatuan Jururawat Malaysia Pulau Pinang.

Chee Kiong berkata, perbelanjaan Kerajaan Pusat untuk tujuan kesihatan rakyat sekarang hanya 2 peratus daripada KDNK negara, sekiranya tidak termasuk perbelanjaan kesihatan daripada pihak kesihatan swasta.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Chong Eng.

"Kementerian Kesihatan sepatutnya menyediakan lebih banyak klinik bergerak untuk kawasan luar bandar.

"Kalau program pencegahan seperti ini tidak ditingkatkan di kawasan luar bandar oleh kementerian sendiri, peruntukan untuk tujuan perubatan oleh Kerajaan Pusat akan meningkat berlipat kali ganda juga.

"Saya syor Kementerian Kesihatan menyediakan klinik bergerak untuk kawasan luar bandar...surau dan dewan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) boleh dijadikan pusat komuniti kesihatan sementara seperti yang dilihat di sini hari ini dengan kebenaran pemimpin sempat," ujar Chong Eng.

Difahamkan, program I Love BM atau 'Saya Suka Medik Bergerak' telah dianjurkan sebanyak tiga kali di ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) sejak tiga bulan lepas.

Pada Oktober lepas, program serupa diadakan di Kampung Permatang Tok Subuh dalam KADUN Machang Bubuk.

Program serupa turut diadakan di Pasar Awam Berapit dalam KADUN Berapit pada November lepas.

"Program I Love BM ini adalah kali ketiga dianjurkan dalam Parlimen Bukit Mertajam, dan pertama kali diadakan di Kampung (Bukit Kechil) ini.

"Kita akan cuba melaksanakan dengan lebih kerap lagi, khususnya pada tahun depan kerana kaedah (BM) Medik Bergerak jarang diadakan di kawasan desa, di sini," ujar Chee Kiong.

Program I Love BM pagi ini menyediakan perkhidmatan semakan tekanan darah, jantung, mata, payudara (pap smear) dan sebagainya secara percuma, serentak dengan program penerangan mengenai bahaya barah serta kempen daftar derma organ.



Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus