22 December 2013

Istimewa Roselle Arinaz di PenBex 21-29 Dis

ANTARA produk menarik dalam Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang Ke-12 (PenBex) di Dataran Transformasi Kubang Menderong dekat Tasek Gelugor bermula dari 21 hingga 29 Disember ini adalah minuman jus serta kordial Roselle Arinaz.

Produk istemewa itu diusahakan oleh Zarina binti Abu Bakar, Pengurus Arinas atau nama lain Arina Food Enterprise sejak empat tahun lepas.

"Roselle ini semulajadi kaya dengan vitamin C, iaitu dua setengah kali ganda berbanding blackcurrant, tiga kali ganda berbanding anggur dan sebulan kali ganda berbanding virus."

"Roselle ini sebenarnya minuman herba yang berkhasiat untuk membantu proses pencernaan serta melancarkan peredaran darah, mencegah sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis serta (nyah) kolestrol," ujar Zarina petang tadi.

Zarina baru mencecah usia 30 tahun.

Namun, anak gadis itu tidak pernah kenal erti putus asa, masih sumbu keberanian dalam diri hingga berjaya membina empayar peniagaan tersendiri.

"Di sebalik kejayaan ini, keluarga banyak memberi sokongan," ujar Zarina, mesra.

Menurut beliau, Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) masing-masing turut banyak memberi khidmat nasihat demi memajukan projek keusahawanan itu.

Tahu tidak tahu, Zarina merupakan anak kelahiran Pantai Kamloon dekat Bumbung Lima, Kepala Batas.

Walaupun dihabat dengan kerja-kerja komersial korporat Arinaz, Zarina masih sempat mengurus ladang Roselle di kampung halamannya, sendiri.

"Saya ada tanam sendiri (roselle) dua ekar bersamaan lima peratus daripada jumlah keluaran tahunan saya.

"80 peratus lagi, saya buat kontrak dengan Jabatan Pertanian dan FAMA di atas ladang seluas 10 hektar supaya bekalan roselle Arinaz ini tidak putus," jelas Zarina.

Kini, kata Zarina, produknya telah menembusi pasaran negara Ireland, China, Indonesia, Singapura beberapa lagi negara.

"Pasaran Dubai pun Roselle Arinaz pernah tembusi, tetapi, kita terpaksa tangguhkan dulu ke sana kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu kontena tiap-tiap bulan.

"Dengan kapasiti yang sedia ada, kita (Roselle Arinaz) fokus untuk memenuhi permintaan domestik yang pasarannya kian berkembang sebenarnya," ujar Zarina sambil mencadangkan  roselle dijadikan minuman rasmi Kerajaan Negeri, seperti Terengganu.

Zarina berkata, beliau nekad untuk mengembangkan projek usahawan Bumiputera itu.

Usahanya sekarang berbaloi dengan purata pendapatan melebihi RM150,000 tiap-tiap bulan.

Hubungi Zarina, 012-435 1973 untuk belajar mencipta kekayaan atau menjadi agen pemasaran Roselle Arinaz.


[Hubungi 0194241583 untuk advertorial]

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus