23 December 2013

Tegas tangani masalah sewa tertunggak - Siew Khim

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil balik rumah kos rendah (KR) dan (KSR) daripada mereka yang enggan melangsaikan sewa tertunggak serta fi penyelenggaraan tanpa sebab munasabah.

"Tindakan perlu diambil ke atas penyewa yang tidak membayar sewa sehingga ada yang hampir 10 tahun.

"Malah, ada juga yang tidak membayar sewa, tetapi, mampu membuat pengubahsuaian premis tersebutbegitu mewah dan hebat," ujar wakil rakyat DAP itu di George Town baru-baru ini.

Beliau berkata, langkah itu sekaligus akan menyerahkan rumah-rumah berwajib kepada mereka yang benar-benar layak serta berhak.

Pun begitu, katanya lagi, Kerajaan Negeri wajar menubuhkan satu tabung khas bagi menangani masalah sewa tertunggak yang membabitkan mereka yang benar-benar susah, seperti ibu tunggal, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) di negeri berkenaan.

Sebelum itu, beliau mendedahkan bahawa jumlah tunggakan swa dan penyelenggaraan adalah melebihi RM5 juta (RM5,160,128).

Itu, katanya lagi, tidak termasuk tunggakan sewa bagi Flat PPR Jalan Sungai dekat Sungai Pinang yang mencatatkan sebanyak RM890,000 pada Mei lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada perbentangan Bajet 2014 di DUN Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan had 10 tahun pindah milik rumah.

Menurut Guan Eng, langkah itu demi memastikan penjualan rumah dalam tempoh 10 tahun ini adalah kepada pembeli tersenarai (listed buyer) yang berhak sahaja.

Modul baru perlu ganti BTN, PLKN di P.Pinang - Siew Khim

Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan modul modal insan tersendiri khusus untuk remaja Pulau Pinang memandangkan kualiti Biro Tata a Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) banyak dipertikai sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim (gambar) mencadangkan, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Belia Pulau Pinang (PYDC) memulakan projek perintis itu menggunakan RM250,000 yang diperuntukkan untuk aktiviti belia dan sukan, sebagaimana diumum dalam Bajet 2014 Pulau Pinang.

"BTN menerima kritikan banyak pihak kerana pernah didedahkan menyemarakkan fahaman rasis...begitu juga dengan PLKN yang didakwa tidak memberi manfaat yang banyak kepada para pelatih.

"Saya mencadangkan dari modul khusus," ujar Siew Khim di DUN Pulau Pinang dekat George Town baru-baru ini.

Beliau berkata, modul SPICE atau Spiritual, Physical, Intellectual, Communication & Emotion yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mungkin boleh membantu Pulau Pinang untuk mewujudkan modul modal insan tersendiri khusus kepada belia di negeri berkenaan nanti.

Sasar 6.18 juta pelancong ke P.Pinang 2014

Ini pemandangan restoran makanan laut The Ridge dekat Pulau Aman, Batu Kawan. Info lanjut, hubung Bro. AdyChef  atau nama sebenarnya Shuhirdy Mat Noor, 0122181478. Mahu advertorial seperti AdyChef, hubungi 0194241583.

Pulau Pinang unggul sebagai destinasi pelancongan pilihan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Pahang, kerana Genting Resort.

Perangkaan Torism Malaysia mendedahkan, 6.09 juta pelancong berkunjung ke Pulau Pinang.

Kira-kira 1.89 juta penginapan direkodkan di negeri ini sehingga bulan Jun lepas, berbanding 1.88 juta pada tahun 2012.

Statistik Torism Malaysia itu menunjukkan peningkatan 0.37 peratus.

Jabatan Imigresen pula mendedahkan 601,920 pelancong asing direkodkan ke negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

Angka itu sangat tinggi kerana jumlah keseluruhan pelancong asing bagi tahun 2012 ke negeri ini, berjumlah 614,039 orang.

Dijangkakan pengguna lapangan terbang itu akan mencecah angka 5.3 juta pada keseluruhan tahun ini.

Ini kerana, sehingga akhir bulan Oktober lepas, 4.4 juta direkodkan menggunakan lapangan terbang itu, walaupun kapasiti maksimum di situ hanya 5 juta sahaja.

6.13 juta pelancong berkunjung ke Pulau Pinang bagi tahun ini.

Justeru, Kerajaan Negeri menjangkakan jumlah pelancong ke Pulau Pinang akan meningkat 0.81 peratus menjadi 6.18 juta sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Hore-Hore Boria P.Pinang kembali 28 Dis.


Festival Hore-Hore Boria ke-2 akan dilangsung di Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PAPP) dekat Seberang Jaya pada Sabtu, 28 Disember ini bermula jam 2.30 petang.

Wakil penganjur, Azariah Ahmad memberitahu, lima pasukan boria akan membuat persembahan sempena festival itu. 

Mereka, Boria Bukit Gedung, Boria Kepala Batas, Boria Bandar Perda dan Boria Budayasari, termasuk kumpulan boria daripada PAPP sendiri.

"Festival bertujuan melestarikan seni budaya boria sambil mendekatkan generasi muda dengan seni boria.

"Perpustakaan juga memainkan peranan sebagai hub seni budaya kepada masyarakat," ujar Azariah Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan, PAPP menerusi emel.

Info lanjut, hubungi pejabat penganjur 04-3902387 atau 04-3971058.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus