28 December 2013

Rompak 100 peratus saham peneroka Felda bukti Umno kencing atas kepala Melayu

AKHIRNYA Felda Ventures Holdings Berhad (FGV) menguasai 100 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad.

Ertinya, peneroka dalam Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) tiada lagi apa-apa harta, termasuk akhir RM2.2 bilion itu.

Timbalan Menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berdalih, "KPF adalah koperasi terbaik dalam pengagihan dan operasi. Kami (Kerajaan Umno Pusat) akan pastikan ia menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu FGV dan KPF..." - The Malaysian Insider.

Kalau 100 peratus saham dalam KPF telahpun 'dirompak', peneroka Felda nak terima durian runtuh atas pertimbangan apa?

Sebelum ini pun, Harakahdaily melaporkan saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini lebih tinggi berbanding dividen yang mereka perolehi," jejas Dr. Rosli Yaakob.

Ada seperkara yang tidak diperjelaskan di sini, iaitu mengapa pemimpin Umno begitu ghairah dengan aktiviti pelaburan Felda di luar negara?

Senang cuci duit haram?

Betul atau tidak, 100 peratus saham Felda sudah 'dirompak', sekaligus bukti Umno sudah kencing atas kepala Melayu.

Blogger Umno inilah yang akan bom TURUN 31 Dis. ini

UNSPINNER sebenar adalah saksi utama rancangan mengebom perhimpunan aman TURUN di KL pada 31 Disember ini.

Ini kerana, blogger Umno itu mula-mula mendedah mengenai rancangan luar biasa itu.
Menarik juga ulasan Amenoworld di sini.

Kalau bom meletus di Dataran Merdeka, ertinya Polis wajib bertanya Unspinner, siapakah dalang sebenar aktiviti subversif atau bawah tanah itu?

Berapa upah yang Unspinner dapat dengan mengkambinghitamkan Rafizi Ramli dan Rahim Ghous?

Ingat! Unspinner adalah saksi utama atau mungkin pembawa bom ke perhimpunan TURUN 31 Dis ini...

Punca GERAKAN malu nak bunuh diri sendiri

Pemuda GERAKAN kata, Kerajaan Pusat macam bunuh diri apabila menyalurkan dana kepada PERKASA.

Tindakan itu, kata Tan Keng Liang, akan menjauhkan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Mungkin Keng Liang takut kata, "pengundi Cina akan jauh daripada Gerakan disebabkan Najib Razak salur dana kepada PERKASA."

Kalau Keng Liang kata begitu, nanti khalayak akan tanya, "GERAKAN masih wujudkah setelah mati dalam PRU12 (8 Mac 2008) dan PRU13 (5 Mei 2013)?"

GERAKAN tak perlu berdalih. PERKASA itu Umno. Umno itu adalah PERKASA.

Sekarang, tiada Ah Chong dalam PERKASA kerana PERKASA itu Umno.

Dulu pun, tiada Ah Chong dalam Umno, kerana itu Umno yang dulu jadi PERKASA hari ini.

Dari dulu lagi, GERAKAN dibuli oleh perkauman sempit Umno. Sebab itu, Keng Liang cuba menipu diri kononnya GERAKAN tidak dibuli oleh PERKASA.

Atas sebab perkauman, kaum Cina tidak lagi mengundi GERAKAN hatta tumbang di Pulau Pulang, sejak 2008.

GERAKAN mungkin terasa seperti bunuh diri apabila PERKASA saja yang dapat untung walaupun tidak menyertai BN...

Berani Umno derhaka apabila judi Kasino dibina atas kepala Ketua Agama?

Umno Muar kata, perhimpunan TURUN 31 Dis di Dataran Mereka KL ini adalah pengkhianatan kepada Agong.

"Jangan jadi penderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan penderhaka kepada negara sendiri," kata jurucakap gerombolan di Utusan Malaysia hari ini.

Ada orang Pulau Pinang minta saya tanya, apa pendirian Umno Johor mengenai kasino di negeri ada Ketua Agama itu?

Jangan tanya PAS di negeri itu, nanti mereka akan sembah Sultan macam Perwakilan Pas takbir sambut cuti Jumaat di Johor.

Ada orang kata, "tak cukup lagikah Mahfuz Omar minta Majlis Fatwa Kebangsaan nyata pendirian mengenai projek judi nombor dua terbesar selepas Genting Highlands?"

Kawan baik Mahfuz di Sri Gombak bisik kepada saya, "takkan nak suruh Ketua Penerangan PAS Pusat itu tanya Agong?"

"Depa tak tahukah Mahfuz tuu bakal Menteri Besar Kedah?"

Saya tak terkata apa.

Jangan marah saya, sebab blogger Rocky's Bru awal-awal lagi dah tanya, "what will Umno Johor say tok a Johor Casino?"

Gerombolan sendiri percaya, apa yang Rocky's Bru cakap sama macam Mahadhir Mohamad cakap.

Ini kerana, blogger itu pernah menjadi peluru hidup menumbangkan 'Kerajaan Tiga Beranak' Pak Lah dulu.

Saya kata, Mahathir Mohamad dulu lain kerana dia hanya berani dengan Khairy Jamaludin.

Mahathir Mohammad sekarang lagi lain, kerana sesiapa pun tidak hormat lagi apabila ada Rosmah.

Buktinya, Mahathir Mohammad tak terkata apa-apa apabila Najib Razak puji Rosmah dalam perhimpunan gerombolan baru-baru ini.

Kawan baik Mohyiddin Yassin yang saya bertemu di Pagoh lewat malam tadi kata, Mahathir ikhlas memperbaiki Umno macam dulu juga.

Dia jengkal pun, sesiapa dalam Umno yang berani lawan dia?

Anwar! Anwar Ibrahim pernah tanya, mengenai syarikat arak San Muguel itu anak siapa punya?

Anwar itu bekas Timbalan Presiden Umno, respons pegawai Mohyiddin itu.

Bab Kasino Johor, jangan mimpi lah Umno nak derhaka kepada Sultan sebab Mahathir sendiri pun takut Rosmah apabila anak dia berenang dalam lautan dosa jual arak.

Ada tukang komen minta saya tanya, berani Umno derhaka apabila judi Kasino dibina atas kepala Ketua Agama?

Guan Meng lapor serangan anjing liar punca dua kanak-kanak nazak

Sebelum ini, saya pernah tulis anjing liar punca dua kanak-kanak nazak, MPSP...

MPSP kesal anjing liar punca dua kanak-kanak nazak.

Tempurung otak Omar retak renggang, kata waris mangsa serangan anjing liar.

Pagi tadi, seorang pembaca blog whatsapp, berita serupa turut disiar dalam akhbar berbahasa Cina, Guan Meng.

Saya tidak faham inti berita itu.

Tetapi, daripada gambar yang disiar, nampak grup Inteam Bikers dan ARC Utara Semenanjung Malaysia melawat dua kanak-kanak berkenaan.

Untung Tok Him, PERKASA ugut Presiden Umno

Nak layak memohon pinjaman TEKUN mesti jadi ahli atau penyokong Umno. Itu sudah menjadi rahsia umum.

Yang belum menjadi rahsia umum adalah Kenapa bantu PERKASA saja, soal NGO Melayu lain.

Ahmad Maslan dah berkicau, apa yang akan PERKASA dapat nanti. Lihat gambar di bawah.

Jadi ahli PERKASA nampaknya lebih untung kerana sebelum ini rata-rata mereka percaya jadi ahli Umno untung dapat pinjaman TEKUN.

Kalau nak kuasa, elok ikut perdana menteri. Kalau nak duit, elok ikut Presiden Perkasa.

Ini kerana, Ibrahim Ali berani mengugut Najib Razak - PERKASA boleh ganti Umno bela Melayu.

NGO Melayu tak perlu berkecil hati, tetapi, perlu belajar daripada PERKASA mengenai untung mengugut Najib Razak.

Berani Dr.M tanya, bila nak sita kondo RM110 juta anak Rosmah?

Empat anggota SPRM termasuk bergelar datuk hari ini didakwa rasuah serta pengubahan wang haram, lapor Berita Harian.

Habis aset berupa lot kedai, rumah dan kereta mewah disita untuk siasatan lanjut.

Malaysiakini pula melaporkan, Anak Rosmah beli london RM110 juta di New York.

Kalau anak Rosmah bukan anak perdana menteri, mungkin dah kena siasat.

Nak siasat anak Rosmah bukan mudah, kerana nak siasat Rosmah pun sukar.

Orang Umno sendiri dah mula pertikai peranan Rosmah di Putrajaya, tetapi, akhirnya Najib sendiri puji isterinya.

Orang Umno dah tak sanggup berlawan, sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang lawan.

Bila nak sita kondo RM110 juta untuk siasat anak Rosmah?

Mungkin Tun Dr Mahathir sendiri akan tanya sebegitu jika Najib puji anak Rosmah sebagaimana dia puji ibu budak ini nanti.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus