30 December 2013

Sahabat terakhir Rasulullah S.A.W masih hidup sampai sekarang di Jordan?

Percaya atau tidak?, terserah kepada pembaca..

Pohon ini sudah berumur ribuan tahun, namun dengan izin Allah, pohon ini masih hidup dan berbuah hingga kehari ini.

Digelar sebagai Pohon Nabi kerana pohon ini dikatakan pernah Rasulullah SAW dari panas terik matahari.

Pohon ini sudah berumur ribuan tahun, namun dengan izin Allah, pohon ini masih hidup dan berbuah hingga kehari ini.

Kewujudannya menjadi bukti kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW dan menjadi pengingatan, kenangan dan bukti sejarah masa lalu serta menjadi tanda kebesaran Allah yang Maha Agung.

Dulu ketika Rasulullah SAW melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Pada saat Rasulullah SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw dari panasnya terik matahari.

Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah SAW itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya.

Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Sedikit sejarah mengenainya…

✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah.

Apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

SubhanAllah... -OhDunia!

Barah Hajjar tinggal 1.7cm X 2.2cm

Keputusan PET scan Hajjar Hassan baru keluar.

Dr. Goh Ai Sim kata, kelenjar barah yang tinggal sebesar 1.7cm X 2.2cm.

Ertinya, sakit Cancer Hodgkin Lymphoma (stage 4) Hajjar tidak sembuh sepenuhnya.

Dr. Goh cadang Hajjar melalui radioterapi pula dua minggu lagi.

Sebelum ini, setiap Isnin kami berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang.

Selepas ini, kami akan bermukim sama ada di Hospital St. Momarium atau Hospital Pantai untuk 15 sesi radioterapi.

Hajjar nampak relaks, saya gembira.


ZAINULFAQAR YAACOB
GH George Town | 12.14 petang

Jangan jadi keldai politik :Abg Polis

Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang semalam, saya berkongsi meja makan dengan beberapa anggota polis di R&R Tapah.

Saya tak banyak bercakap sebab saya tahu polis dalam mood tertekan dek arahan Menteri untuk menghalang perhimpunan TURUN 31 Disember di KL.

"Bulan ini, elaun banyak lah ya Tuan sebab OT banyak," kata saya kepada abang-abang polis.

Muka salah seorang abang polis itu terus berubah. Dalam hati saya berdetik, "takkan kita puji pun, muka dia boleh merah padam"

"Orang lain semua cuti hujung tahun, kami jadi keldai politik 31 Disember ini," kata polis itu.

Saya tak terkata apa. Saya harap dia marah menteri yang gred D, bukan rakyat yang gred A.

Siapa akan gulingkan PM 31 Disember, Najib?

NGO mesra Pakatan Rakyat digambarkan mahu menggulingkan Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat pada 31 Disember ini di Kuala Lumpur melalui gabungan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

Ada satu perkara tidak disebut di sini, iaitu Najib Razak tahu bahawa pasukan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Umno akan menggulingkannya sebagai perdana menteri jika isu kenaikan kos sara hidup rakyat sekarang tidak ditangani segera.

Krisis seperti sekarang tidak jauh berbeza dengan krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, tahun 1997 dulu.

Mahathir bijak kerana cepat memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi penggantinya, sebagai perdana menteri tidak lama selepas itu.

Mahathir sedar krisis perlu diurus dan salah satu kaedah yang wajar adalah melakukan transisi kepemimpinan negara.

Kalau tidak buat begitu, lambat laung transisi kepemimpinan yang tidak diurus akan pergi kepada oposisi jua.

Apa yang mungkin bersarang dalam kepala otak Mahathir semasa melantik Abdullah sebagai perdana menteri tidak lain tidak bukan adalah untuk menghalang pengaruh Anwar Ibrahim dari gigi kekuasaan.

Ada kenalan kata, pendapat ini silap dan jauh tersasar dari maksud percaturan Mahathir.

Katanya begini. Elok menaikkan seorang yang lemah supaya mudah menaikkan seseorang yang kuat nanti.

Memang ya, tentera siber Mahathir berjaya menggambarkan yang Abdullah itu kaki tidur, 'Kerajaan Tiga Beranak' dan sebagainya sehinggakan rakyat Malaysia tidak dapat melihat langkah demokratik yang telahpun dilakukan oleh Abdullah, antaranya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ternyata kerja buat tentera siber Mahathir berjaya menggoncang landskap politik negara hatta tiang seri Umno sendiri, sehinggakan menuntut transisi kepemimpinan dilakukan sekali lagi oleh Abdullah pula.

Abdullah yang digambarkan lemah serta kaki tidur itu akhirnya mengetuk laluan politik kepada Najib Razak sebagai perdana menteri.

Persoalannya, adakah kepemimpinan kuat yang dimaksudkan oleh Mahathir itu adalah Najib Razak?

Kalau itu maksud Mahathir, tentu suka pasukan Anwar Ibrahim.

Kalau itu maksud Mahathir, padanlah Pakatan Rakyat mendapat hampir 52 peratus undi majoriti rakyat Malaysia pada PRU13, 5 Mei lepas.

Salah atau betul ijtihad Mahathir tersebut, negarawan itu telah mengajar kita pri penting untuk menguruskan krisis.

Salah atau betul ijtihad Mahathir tersebut, negarawan itu telah mengajar kita bahawa transisi kepemimpinan paling sesuai dilakukan semasa krisis sedang menggoncang amarah rakyat seperti sekarang.

Kalau saya jadi Mahathir, saya pun tidak dapat terima kelaku Rosmah Mansor yang dilihat lebih berpengaruh daripada menteri dan Umno sendiri.

Kalau saya jadi Mahathir, saya pun lagi tidak dapat menerima Najib memuji kelaku Rosmah yang luar biasa itu dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) lalu.

Padanlah pro Mahathir marah. Kalau saya pro Mahathir pun, saya akan marah.

Kalau rakyat Malaysia seluruhnya pro Mahathir pun, tentu mereka akan marah.

Najib sedar akan amarah Mahathir ini.

Mungkin sebab itu, perdana menteri yang bersama Najib Razak berkata NGO dan Pakatan Rakyat mahu menggulingkan pentadbirannya pada 31 Disember ini.

Najib seperti Mahathir, sama-sama tahu bahawa pembangkang tidak mampu menggulingkan sebuah Kerajaan Pusat di negara ini.

Tetapi, krisis dalam Umno dan dalam negara seperti sekarang boleh menggulingkan Najib sebagai perdana menteri sebagaimana yang dilakukan ke atas Abdullah sebelum ini.

Siapa akan gulingkan PM 31 Disember, Najib?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus