09 January 2014

Amal 3S, gugur Ahli Majlis tak sukses - Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, semua Ahli Majlis bagi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dilantik bagi tahun 2014 akan dinilai sepanjang masa serta akan digugurkan jika tidak sukses demi meningkatkan mutu pelanggan.

"Saya telah meminta dibuat satu penilaian kepada semua Ahli Majlis kerana kita (Kerajaan Negeri) serius untuk meningkatkan mutu pelanggan...ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kita.

"Kita tidak akan tangguh-tangguh untuk membetulkan mutu yang silap, kita tidak akan tunggu sampai habis tempoh perjawatan (seseorang Ahli Majlis yang tidak sukses)" ujar Guan Eng pagi tadi pada majlis istiadat pelantikan Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2014 di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.

Timbalan Ketua Menteri I  Datuk Mohd.Rashid Hasnon, Prof. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Maimunah Mohd.Sharif (Yang di-Petua MPSP) turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen lain.

Guan Eng mencadangkan Sikap Kerja Baik, Sikap Positif dan Semangat Berpasukan (3S) dijadikan budaya kerja Ahli Majlis bagi tempoh perjawatan tahun ini.

Tambah beliau, MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diharap mampu mengambil alih 100 peratus kerja-kerja pembersihan sebagaimana disasarkan oleh Kerajaan Negeri demi menjimatkan sumber PBT.

"Saya rasa ini bukan satu tugas yang mudah, tetapi, peluang pekerjaan perlu kembali diberi kepada anak tempatan, bukan buruh asing," ujar Guan Eng lagi.

Sebelum itu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri pada tahun ini akan terus memberi fokus pada pembangunan Sebarang Perai, di saling kawasan pulau.

"Fokus pembangunan telah diberikan kepada Seberang Perai, ertinya masa depan Pulau Pinang adalah Seberang Perai.

"Kalau MPSP sukses, maka Kerajaan Negeri dianggap telah sukses. Jadi, tumpuan pada MPSP sangat penting," jelas beliau.

Manakala, Maimunah pula mengumumkan pelancaran coffee table book sulung yang berjudul "Seberang Perai Discovering The Hidden Pearl of Penang".

Berikut adalah senarai Ahli Majlis MPSP 2014:

1. Tan Cheong Heng (DAP)
2. Rezal Huzairi Md. Zaki (PKR)
3. Ahmad Kaswan Kassim (PAS)
4. M.Chandrasekaran (DAP)
5. Loh Joo Huat (DAP)
6. Mohd. Shaipol Ismail (DAP)
7. Ahmad Tarmizi Abdullah (NGO)
8. Dr. Tiun Ling Ta (NGO)
9. Wong Chee Kertas (NGO)
10. Abdul Jalil Che Ros (PKR)
11. Chong Pei Pei (DAP)
12. P.David Marshel (DAP)
13. H'ng Mooi Lye (DAP)
14. Ho Leng Hong (PKR)
15. Mohd. Rizal Abd. Hamid (PKR)
16. Ong Ee Leong (PKR)
17. M. Satees (PKR)
18. Shafiqah Shobha Abdullah (PKR)
19. Tan Chee Teong (DAP)
20. Tan Chong Hee (DAP)
21. Zulkiefly Saad (PKR)
22. Omar Hassan (PAS)
23. G.Rajasegar (PKR)
24. Zulkifli Ibrahim (PKR)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus