04 January 2014

Penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh hasrat jumpa Guan Eng sebelum 16 Jan.

BADAN Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh berhasrat untuk bertemu Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sebelum perbicaraan berikutnya yang dijadualkan pada 16 Januari ini di Mahkamah Majistret Butterworth berlangsung.

Pengerusinya badan bertindak, Hamidah Che Embi berkata, itu hasil perbincangan bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, petang tadi.

"Kita akan panjang apa usaha yang telahpun dilakukan bersama-sama YB Lee Khai Loon dan Steven Sim (Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam) sebelum ini.

"Kita berharap pemimpin utama Kerajaan Negeri sendiri dapat campurtangan berhubung isu ini yang membabitkan Distinct Class (tuan tanah)," ujar Hamidah dalam satu majlis di Kampung Permatang Tok Subuh dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubuk.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang, Choo Choon Kai, R. Karthiges (sukarelawan Jaringan Rakyat Tertindas Pulau Pinang, JERIT), Soh Sook Hwa (bekas aktivis mahasiswa) dan blogger Abu Nawas turut hadir dalam majlis perundingan itu.

Hadir sama, Zainulfaqar Yaacob mewakili Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS), Zolkifly Md. Lazim.

Terdahulu, Khai Loon membentangkan isu usir penduduk Kampung Permatang Tok Subuh ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dekat George Town.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus