18 February 2014

Guan Eng kecawa hasrat bina Sekolah Menengah Tamil pertama negara, P.Pinang tak kesampaian

ANTARA 550 pelajar terpilih menerima sumbangan daripada Ketua Menteri dan Pertubuhan Amal Seri Sinar di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini, Ahad lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH – Hasrat Kerajaan Negeri untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil (SMJKT) pertama di negera ini dekat Parlimen Bagan tidak kesampaian apabila ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh mempertimbang cadangan Kerajaan Negeri demi masa depan pelajar menengah aliran tamil di negeri ini.

"Saya berasa kesal kerana cadangan Kerajaan Negeri untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil telahpun ditolak oleh pihak Kementerian Pelajaran (Malaysia, KPM).

"Saya berharap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang cuba menunjukkan bahawa beliau sangat prihatin dengan isu pendidikan bolehlah membuat arahan supaya cadangan ini diluluskan di Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang dalam nada yang kecewa di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi sini, Ahad lepas.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian pada satu sidang media, selepas majlis penyampaian bantuan tunai RM100 kepada pelajar miskin peringkat parlimennya kepada 550 pelajar terpilih daripada pelbagai bangsa, dari 17 sekolah di sini.

Sebelum itu, Guan Eng mengeluarkan RM35,000 peruntukannya, manakala, Datuk Eadon Ching (Pengasas merangkap Pengerusi Pertubuhan Amal Seri Sinar) menyumbang baki RM20,000 lagi kepada pelajar yang layak pada majlis tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) dan A. Thanasekharan (ADUN Bagan Dalam).

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut menyambut baik langkah Najib mengumumkan peruntukan terbaru RM100 juta setahun kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) melalui pihak pengurusan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG).

"Sepatutnya telah lama Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan secara langsung, sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi, (seperti) RM100 tiap-tiap tahun kepada warga emas, OKU (orang kurang upaya), ibu tunggal, pelajar emas dan sebagainya," ujar beliau.

Terdahulu, Guan Eng dalam perbentangan Bajet 2014 lepas mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk menyumbang sebidang tanah berkeluasan tiga hingga lima ekar di Bagan secara percuma sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil pertama di kawasan Parlimen tersebut.

Guan Eng yang juga ADUN Air Itam pada bulan September 2012 pula menyerahkan sebidang tanah secara percuma sebagai tapak baru SJK(T) Subramaniya Barathee dekat Gelugor, sebagaimana dituntut oleh Lembaga Pengurusan Sokolah berkenaan sejak 30 tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus