24 February 2014

Peribadi Presiden PAS yang disaman, kenapa parti dipergunakan?

Baca dulu artikel di bawah.

Dahulu, selalu kita kritik Tun Dr. Mahathir Mohamamd, "lama sangat memerintah negara sampai tak tahu beza duit sendiri dan duit rakyat..."

Seorang pemimpin PAS dalam friend of Pakatan di Eropah baru emel saya. Beliau tanya soalan mengenai berita di Harakahdaily pagi ini.

Satu persoalan - yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?
Saya tak terkata apa.

Kalau tak baca lagi berita yang saya maksudkan, baca di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS akan memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secepat mungkin.

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.

"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepadaThe Malaysian Insider.

Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus