03 March 2014

Demo bantah penghakiman terus usir penduduk kampung P.Pinang


ZOLKIFLY Md. Lazim (paling kiri), Choo Choon Kai (dua dari kiri), komrad Karthik (wakil JERIT) (paling kanan) mengangkat kain rentang dan plakad di perkarangan pejabat peguam Distinct Class di sini, pagi tadi.

DEMONTRASI aman ini dipimpin olehMohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Pegawai Khas bagi ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon).
PENASIHAT Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh, Pak Jab Somat (tengah, berkopiah) dan Pengerusinya,  Hamidah Che Embi (bertudung, depan) pada sidang media, pagi tadi.
PAK Jab Samad (berkopiah puteh) dan Zainulfaqar Yaacob di depan firma guaman tuan tanah, Fadzil, Chua & Song, tetapi, wakil guaman di sini seakan bersembunyi dek kehadiran kami.

SEBERANG JAYA - Hampir 30 penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh pagi tadi melancarkan bantahan di Firma Fadzil, Chua & Song dekat Seberang Jaya, tetapi, wakil peguam tuan tanah Distinct Class berkenaan enggan menerima memorandum mereka.

"Kalau nak hantar, hantar di peti surat. Bos tak izin buka (pintu) pejabat dan terima memorandum penduduk," dalih wakil pejabat peguam itu, walaupun selepas dirunding oleh beberapa anggota polis.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kg. Pmtg. Tok Subuh, Hamidah Che Embi  berkata, pihaknya menuntut tuan tanah membatalkan hasrat penghakiman terus (summary judgment) di Mahkamah Sesyen Butterworth, Rabu ini.

"Tuntutan penghakiman terus ini jelas mencerminkan tuan tanah (Distinct Class) nekad mahu mengusir baki 26 keluarga dari tanah tempat tumpah darah keturunan kami sejak 80 tahun lepas," ujar Hamidah di sini dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, mereka masing-masing konsisten menuntut rumah ganti rumah selesa di atas tanah kampung itu juga, bukan pampasan antara RM15,000 hingga RM30,000  sebagaimana ditawarkan oleh peguam tuan tanah di kamar Hakim, Rabu lepas.

Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS), Zolkifly Md. Lazim berkata, peguam tuan tanah sepatutnya tidak bersembunyi dalam pejabat sebagaimana Distinct Class takut bersemuka dengan penduduk kampung terbabit.
"Kalau penduduk nekad untuk serah memorandum semasa proses penghakiman terus Rabu ini, takkan tuan tanah serta peguamnya nak bersembunyi atau tutup pintu mahkamah seperti pagi ini juga," seloroh Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang.

Menurut Zolkifly, Distinct Class sepatutnya mempertimbang nasihat RAGAS supaya pergi berbincang dengan Kerajaan Negeri, walaupun isu tersebut hakikatnya membabitkan tuan tanah, penduduk asal dan bakal pemaju projek perumahan sahaja.

Sebelum itu, jurucakap RAGAS, Zainulfaqar Yaacob berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa permohonan penghakiman terus tersebut demi mengelak isu status tanah itu dipersoal di mahkamah kelak.

"Rekod Ketuanpunyaan Tanah dalam simpanan Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah menunjukkan syarikat misteri itu pernah menerima saman pemula (24-1828-2005) bertarikh 17 Mei 2006 di mahkamah atas sebab cubaan melakukan pindah milik secara tidak sah.

"Permohonan penghakiman terus dan keengganan pejabat peguam tuan tanah untuk menerima memorandum penduduk pagi ini mungkin untuk mengelak hak seumpama ini dibangkitkan di mahkamah kelak," ujar Zainulfaqar yang juga fotojurnalis negeri.

Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Somat, Choon Choo Kai (Wakil PSM) dan Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Pegawai Khas bagi ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon) turut menyertai demonstrasi tersebut.

Terdahulu, badan bertindak turut melancarkan 'perang mulut' dan 'perang telefon' sebagai membantah penghakiman terus oleh Distinct Class.


Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.



 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus