06 March 2014

Fitnah II Kajang: 13 NGO, Anwar goncang Pmtg.Pauh 9 Mac



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


SEBERANG JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Saifudfin Nasution Ismail serta Chow Kon Yeow akan berkongsi pentas dengan 13 NGO dalam ceramah tanpa permit Permatang Pauh Ke Kajang pada Ahad, 9 Mac 2014 jam 9.00 malam di Pasar Awam Seberang Jaya.

"Walaupun Anwar Ibrahim kata bicara kes Fitnah Liwat II esok cerah, pentas Ahad ini penting untuk rakyat.

"Apapun perancangan jahat ke atas Anwar serta Pakatan Rakyat, kita jangka kehadiran pada malam tersebut luar biasa untuk goncang kezaliman Umno-Perkasa," ujar koordinator program, Amir Md. Ghazali, selepas mesyuarat penyelarasan program di sini, malam tadi.

Menurut Amir Ghazali, pihaknya ada memohon permit, tetapi, gagal mendapat kelulusan daripada polis.

Bagaimanapun, katanya lagi, polis diharap dapat memelihara keselamatan ceramah politik berkenaan, supaya insiden Teresa Kok disalam 'telur busuk' semalam tidak berulang.

Berikut adalah senarai penceramah lain yang akan menggoncang kebangkitan rakyat demi memenangkan Anwar sempena Pilihan Raya Kecil Kajang tidak lama lagi.

1.  Datuk Abdul Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I P.Pinang)

2.  Chow Kon Yoew (Pengerusi DAP Pulau Pinang menggantikan Setiausaha Agung Lim Guan Eng)

3.  Datuk Law Choo Kiang (Speker DUN Pulau Pinang merangkap Timbalan Pengerusi PKR Negeri)

4.  Steven Sim Chee Keong (Ahli Perlimen Bukit Mertajam)

5.  Dr. Afif Bahardin (Ketua AMK Pulau Pinang merangkap Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Seberang Jaya)

6.  Omar Hassan (Yang di-Petua PAS Kawasan Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis MPSP)

7.  Datuk Abdul Halim Hussain (Ketua Jentera PR Pulau Pinang Ke Kajang)

8.  Zulkefli Saad (Pengasas Lang-Gar!)

9.  Pak Jab Samat (Gerakan Reformasi dan Angkatan Malaysia, GERAM),

10.Mohamad Ikhwan Nasser Mohamad Isa (wakil Jingga 13),

11.Nizam 'Ahli Fikir' (SAMM Pulau Pinang)

12.Danial Gooi (Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang, HAPUS)

13.Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kg. Pmtg. Tok Subuh, merangkap wakil Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa, RAGAS)

'DAP Melayu' Khairul Ishak akan mempengerusikan ceramah politik malam tersebut.

Info lanjut, hubungi Khairul Ishak (0125847236) atau Amir (0135848386).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus