21 March 2014

'Impian Malaysia', DAP & prediksi PRU14...

DUA bulan sebelum PRU13 lalu, saya pernah berkongsi pendapat dengan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai idea Impian Malaysia.

Bagi saya, idea Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr. Dzulkifly Ahmad menjelas PRU12 (2008) adalah satu percubaan yang baik untuk mengelak perangkap politik parti lawan.

Polemik Dokumen Negara Islam yang secara gopoh diluncurkan oleh agamawan PAS menjelang PRU11 (2004) telah banyak mengajar PAS.

Tidak perlulah disebutkan siapa pihak berkenaan kerana semua kita telahpun lebih maklum. 

Ijtihad yang salah patut diperbetulkan, bukan dipertahankan.

Yang nyata, tapak sokongan rakyat terhadap PAS serta tahalluf siyasi dengan DAP-PKR saling bergoncang; serta menguntungkan Umno BN semasa itu.

Hudud perlu berlambatan atau bercepatan? yang saya singgungkan nampaknya berjaya membantu pihak berwajib memujuk 'Serambi Makkah' untuk tidak mengulangi ijtihad salah pada 2004 dulu.


'Impian Malaysia'
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mengambil alih Putrajaya pada PRU13, sekaligus mengheret majoriti rakyat (52 peratus penyokongnya) untuk bersetuju atau tidak mengenai kewibawaan pemimpin de fecto itu sebagai 'perdana menteri dalam penantian'.

Waktu itu, DAP pun membuat percubaan tersendiri, melalui kempennya, Ubah!

Saya memberitahu Mujahid, arwah Datuk Fadhil Noor pada zamannya berjaya mengarusperdanakan PAS dalam lanskap politik negara apabila berijtihad bahawa "Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia jika Umno BN tumbang di Putrajaya (semasa PRU 1999)."

Saya kata, Dr. Mujahid wajar menyelami karektor arwah Datuk Fadhil Noor dengan sekali lagi menyegarkan dakwah PAS. 

Beliau tanya, "nak segar macam mana?" "Idea 'Impian Malaysia'?, respons saya.

Selepas itu, saya sendiri membuat beberapa kali percubaan untuk menyemarakkan idea 'Impian Malaysia' ini dalam PAS serta media arus perdana.

'Impian Malaysia' solusi perbezaan cita-cita PAS, DAP turut disiar dalam portal berita The Malaysian Insider.

Manakala, entri Hari Malaysia bawa masej dakwah Mujahid ke Gereja St. Mark ada dalam blog peribadi saya sahaja.

Bagi saya, yang faham karektor Fadhil Noor ini, antaranya, Datuk Husam Musa. Saya ada menulisnya pada entri 'Kedai Minum Cina, Makan Melayu' P.Pinang dan politik asabiah Kajang.

"Semasa Anwar Ibrahim ke (Kem Tahanan) Kemunting dulu, arwah Datuk Fadzil Noor boleh mengumumkan Anwar Ibrahim (sebagai) perdana menteri jika kita (dulu PR dikenali sebagai Barisan Alternatif) mengambil alih Putrajaya.
"Menang Kajang adalah 'ubat penawar' daripada PAS untuk Anwar sekeluarga serta 52 peratus (undi majoriti PRU13) rakyat (Semenanjung) Malaysia," respons Husam semasa berkempen di Kajang baru-baru ini.
Saya harap ramai lagi seperti Husam. 


Marketing Politik DAP
Muda DAP mungkin faham apa yang saya nak sebut di sini.

Muda DAP seakan meyakini bahawa organisasi mereka mungkin akan mendekati fasa life-time hatta terpaksa melakukan replacement, jika tidak segera melakukan rebrending atau reengineering pada parti masa depan tersebut.

Sebab itu, marketing politik mereka senantiasa inovatif, dari kempen 'Malaysian Malaysia' kepada Ubah!, dan terbaru (mungkin) 'Impian Malaysia'.

Bersatu menyokong impian Malaysia, kata Lim Kit Siang di The Malaysian Insider, selain, entri berkaitan di blog peribadi Penasihat DAP Kebangsaan berkenaan.

Ini adalah marketing politik yang inovatif, selepas pengalaman DAP lancar 'Impian Sabah & Sarawak' pecah deposit tetap BN, tahun lepas. 

Jika 'Impian Malaysia' ini mungkin adalah marketing politik DAP demi mendepani PRU14, betul lah telahan saya sebelum ini mengenai amalan pre-mortem yang dilaksanakan oleh parti masa depan itu untuk meraih sokongan terbanyak rakyat kelak.

Saya pernah menyentuh hal pre-mortem ini semasa menulis Pro UBN atau pro PR jadi pilihan muktamarin PAS? di portal berita The Malaysian Insider.

Kawan seperjuangan dalam PAS selalu mengusik saya "BJ Faqar balaci DAP", apabila saya menulis seperti di bawah:

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang era UBN memberi peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM25.49 juta. 
"Pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula memberi peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM35.78 juta bagi 2009, 2010 (RM37.85 juta), RM63.21 juta (2011), 2012 (RM64.03 juta) dan 2013 (RM164 juta), sekaligus membayangkan DAP cuba meyakinkan semua pihak, termasuk Melayu bahawa masa depan Islam lebih baik jika parti itu menjadi salah satu pilihan untuk mengambil alih Putrajaya semasa PRU14. - The Malaysian Insider
Tahniah DAP dengan marketing politik terbaru - Impian Malaysia! 

Tak cukup dengan ijtihad Angsa Bertelur Emas sahaja. 

PAS juga perlukan projek marketing politik yang lebih inovatif, jika mahu memimpin perubahan semasa PRU14 nanti.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus