04 March 2014

Jangan lupa 'Perang Mulut' Pmtg. Tok Subuh 9.00 pagi esok

Penduduk Pmtg. Tok Subuh nekad bersemuka tuan tanah esok

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Belumpun selesai bicara kes pengusiran enam penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh, kes serupa membabitkan 20 penama lain akan mula didengar di Mahkamah Sesyen Butterworth, 9.00 pagi esok.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi berkata, pihaknya nekad hadir untuk menyerahkan memorandum membantah penghakiman terus kepada Distinct Class atau wakil tuan tanah berkenaan.

Penghakiman terus membabitkan enam penduduk asal kampung tersebut akan didengar di mahkamah sama pada 29 Mac depan, 9.30 pagi.

"Jangan esok pintu mahkamah pula ditutup macam mereka kunci pintu pejabat peguam mereka Isnin lalu sebab takut bersemuka serta terima memorandum kita (penduduk)," ujar Hamidah semasa dihubungi sebentar tadi.

Firma guaman Fadzil, Chua & Song mewakili pihak pendakwaan, manakala, pihak pembelaan pula diwakili oleh Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ho Leng Hong.

Isnin lepas, penduduk melancarkan demontrasi di perkarangan firma guaman kepada Distinct Class dekat Seberang Jaya, tetapi, wakil tuan tanah terbabit didakwa takut menerima memorandum penduduk.

Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) Zolkifly Md. Lazim, Jab Samat (Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam), Zulkefli Saad (Pengasas Lang-Gar) dan Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Pegawai Khas bagi ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon) turut menyertai aksi aman itu.

Menurut penduduk, tuan tanah sepatutnya berani untuk bersemuka dengan 'perang telefon' dan 'perang mulut', bukan sekadar berani mengusir mereka melalui permohonan penghakiman terus di mahkamah semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus