21 March 2014

Setuju cegah biak aedes di tanah perkuburan Cina - Exco Kesihatan

AFIF Bahardin (tujuh dari kiri) menyerahkan abate percuma kepada Oon Choo Khye (lima dari kiri) serta pengurus tanah perkuburan Cina lain, selepas majlis interaksi dua hala dekat Komtar pada tengah hari tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Abate percuma, risalah serta kain rentang Kempen Perangi Denggi akan diedarkan kepada semua pengurus tanah perkuburan Cina di negeri ini demi memastikan kawasan-kawasan eksklusif tersebut bebas dari pembiakan nyamuk aedes.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian selepas mendapatkan kata sepakat daripada pengurus-pengurus tanah perkuburan Cina berhubung status takungan air upacara ritual yang dikatakan menjadi salah satu punca pembiakan jentik-jentik di lokasi terbabit.

"Kita akan terus agihkan abate hari ini juga, manakala, risalah dan kain rentang akan kita beri kemudian," ujar Dr. Afif tengah hari tadi kepada wartawan, selepas majlis taklimat di sini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perkuburan Cina Bersatu Negeri Pulau Pinang, Datuk Oon Choo Khye serta ahli jawatankuasanya, Datuk Teoh Kooi Seah (bekas Exco Kerajaan Negeri era Tun Dr. Lim Cheung Eu menjadi Ketua Menteri) dan Datuk Lye Siew Weng (bekas timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang era Tan Sri Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri) turut hadir pada majlis interaksi tersebut.

Hadir sama, Dr. Romli Awang (Pengarah Perkidmatan Kesihatan bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Khairunnisa' (Pengarah Kesihatan Pesekitaran bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) serta wakil Jabatan Kesihatan Negeri.

Sebelum itu, Choo Khye memberitahu bahawa pihaknya boleh memberi kerjasama lanjut berhubung status takungan air upacara ritual yang dikatakan menjadi salah satu punca pembiakan jentik-jentik di lokasi terbabit.

"Kita sebulat suara memberi sokongan pada usaha Kerajaan Negeri untuk mencegah pembiakan (jentik-jentik) ini," jelas beliau pada majlis taklimat itu.

Terdahulu, Dr. Afif memberitahu bahawa padang permainan, tanah lapang serta tapak pembinaan antara kawasan di sekitar negeri ini dikenal pasti sebagai sarang pembiakan denggi, selain, kawasan perkuburan.

Sehingga 23 Februari tahun ini, 16,383 kes denggi direkodkan di seluruh Negara, dengan 29 jumlah kematian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus