20 April 2014

8 mati dalam lokap 2014, Suaram panggil bersemuka KPN Selasa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Lapan kes kematian dalam lokap pada tahun ini sahaja, termasuk empat di Pulau Pinang membayangkan wibawa institusi kepolisan negara mampu mengundang keraguan orang awam.

Justeru, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memanggil semua waris mangsa serta aktivis Pulau Pinang untuk menyertai suatu dialog tertutup dengan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi pada Selasa, 22 April ini, jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang dekat George Town.

"Sebanyak empat mangsa mati dalam tahanan di lokap-lokap polis iaitu Lokap Nibong Tebal, Lokap Bayan Baru, Lokap Bandar Perda serta penjara Penang.

"Untuk seorang mangsa yang mati dalam penjara Tapah pula, mangsa tersebut pernah ditahan di lokap Bandar Perda sebelum dihantar ke penjara Tapah," ujar jurucakap Suaram menerusi WhatsApp.

Menurut sumber, pertemuan tersebut diharap akan mendorong Abdul Rahim mengambil tindakan sewajarnya demi memulihkan keyakinan Azwan terhadap jaminan keselamatan daripada polis.

"Suaram mengalu-alukan penyertaan 13 NGO (badan bukan kerajaan) Pulau Pinang, seperti Lang-Gar! (Selamatkan Malaysia Langgar Rejim), Skuad (Skuad Keadilan Malaysia), Hapus (Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang), Ragas (Rumah Ganti Rumah Selesa) dan sebagainya ke dialog ini," ujarnya lagi.

Dalam perkara berkaitan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Jun tahun lepas berdalih hanya dua daripada 231 kes kematian dalam lokasi membabitkan tindakan polis, lapor portal berita Sinar Harian.

Berikut senarai nama suspek yang mati dalam tahanan bagi tahun 2014:

1. Punniyanathan,40, dikesan mati di dalamLokap Polis Nibong Tebal pada 10 Februari lepas

2. J. Kulanthangam, 34, dikesan mati di dalamLokap Polis Dang Wangi pada 18 Februari lepas

3. Ramasamy Nagu,50, dikesan mati di dalam Lokap Polis Bayan Baru  pada 1 Mac lepas.

4. Kamarulnizam,39, dikesan mati di dalamPenjara Tapah pada 8 Mac lepas

5. Koay Soon Guan,41, dikesan mati di dalam Penjara Pulau Pinang pada 6 April lepas

6. N. Harirajan,34, dikesan mati di dalam Penjara Kajang pada 10 April lepas

7. Murugan Muniandy, 37, dikesan mati di dalamLokap Polis Bandar Perda pada 13 April lepas

8. A. Morgan,48, dikesan mati di dalamLokap Polis Jinjang pada 16 April lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus