24 April 2014

CEO ITU BERNAMA MAHATHIR

Pertembungan Tim A dan Tim B pada era 1980-an dulu lebih genting dan telahpun melepasi garis life-time.

Selepas berlakunya tangkapan beramai-ramai pemimpin oposisi dalam Operasi Lalang, pertembungan itu kian pudar dan akhirnya jadi sejarah.

Satu pendapat berkata, Mahathir bertindak sebegitu kerana tak tahan dengan tekanan yang kuat daripada pemimpin pembangkang.

Hairan, melihat pentadbiran Mahathir yang begitu lemah mampu secara borong menangkap beberapa pemimpin pembangkang yang begitu dianggap kuat semasa itu.

Ada satu pendapat lain pula berkata, Operasi Lalang itu dilakukan oleh Mahathir demi menghantar isyarat amaran kepada tim B.

"Pembangkang yang kuat pun aku tangkap semua dalam operasi lalang, ingat Mahathir tak boleh buat tindakan sama kepada tim B," mungkin itu amaran yang disamboyankan oleh tim A.

Dalam ilmu pengurusan, tindakan ajaib Mahathir ini dikenali sebagai 'Long Range Planning'.

'Long Range Planning' adalah satu perancangan dilakukan untuk melengkapkan perancangan lain.

Operasi Lalang dilancarkan untuk meletakkan semula semua ahli Umno yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza kembali semula ke landasan parti.

Mahathir memang CEO yang ajaib!

Dan, Anwar Ibrahim banyak belajar ilmu pengurusan daripada CEO ajaib itu.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
@zainulfaqar
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus