19 April 2014

Cucu sulung mimpi Karpal, anggap isyarat daripada Tuhan



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEBUN BUNGAH - 11 cucu kepada mendiang Karpal Singh mempamerkan satu plakad yang dihasilkan oleh mereka sendiri demi memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut.

Pada palkad itu tertera perkataan, 'Jangan Main-Main' dan 'Tiger of Jelutong' dan beberapa gelaran hebat yang menjadi kebanggan pada peribadi Karpal.

Cucu sulung Karpal, Aaksay Singh a/l Jagdeep Singh Deo, 11, memberitahu wartawan bahawa beliau mimpi bertemu datuknya, dianggarkan, kira-kira dua jam selepas insiden nahas jalan raya tersebut. 

"Saya bermimpi beliau datang kepada saya dan bermain bola sepak dengan saya. 

"Saya fikir ini adalah isyarat daripada Tuhan (bahawa) Tuhan bersamanya, beliau sangat menyayangi kami," ujar Aaksay dalam nada sebak kepada wartawan di kediaman mendiang, lewat petang tadi.

Bercakap pada sidang media sama, Jagdeep berkata, anaknya berkongsi mimpi tersebut pada awal pagi hari kejadian sebelum menerima berita buruk mengenai kematian Karpal.

"Ini adalah satu cerita daripada cucu sulung ayah saya," ujar Jagdeep, sambil memberitahu bahawa Karpal sedang menunggu seorang lagi cucu dalam kandungan jika ayahnya itu masih hidup.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus