22 April 2014

Tabung Abu Bakar As-Siddiq pernah berjaya jadi 'enjin kebajikan' PAS, kata pengasas Tabung Angsa Bertelur Emas



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BATU KAWAN - Kejayaan program Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas mengayakan manfaat RM1 juta yang diinfak oleh ahli dijangka akan meninggikan imej parti dalam melaksanakan impian Negara Berkebajikan di negeri ini, kata Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.

Menurut pengerusi lajnah Zolkifly Md. Lazim, PAS Kawasan Balik Pulau di bawah Yang Di-Pertuanya, Mohamad Hasyim (lebih dikenali sebagai Ibnu Hasyim) pernah berjaya melaksanakan program kebajikan pinjam meminjam Tabung Abu Bakar As-Siddiq pada tahun 1993 dulu, manakala kempen tambah ahli baru parti pada tahun 2003.

"Ibnu Hasyim berjaya mengumpul suplas (lebihan kewangan) daripada ahli-ahli sendiri dalam tempoh setahun hingga dua tahun seperti dipersetujui bersama untuk melaksanakan pinjaman mikro-kredit tanpa riba...jadi 'enjin kebajikan' parti.

"Pinjaman RM100 untuk beli susu anak pada hujung bulan umpamanya perlu penjamin daripada ahli parti lain, yang sanggup cagarkan sijil keahliannya.

"Impaknya, ahli parti peringkat negeri bertambah dari 5,000 ke (angka) 8,000 dalam masa enam bulan (bermula pada tahun 1993), sebab salah satu syarat nak mengambil manfaat mesti bersedia untuk menjadi ahli," ujar Zolkifly yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan Pulau Pinang.

Zolkifly berkata demikian dalam Jelajah Tabung Angsa Bertelur Emas ke Cawangan PAS Kebun Sireh di kediaman Pengerusi Tetap Kawasan, Mohd. Kamal Abdullah pada malam tadi.

Zolkifly serta anggota lajnah lain disambut oleh Ketua Cawangan PAS Kebun Sireh, Haji Baharin Abdul Wahab dan "Abang Yusof"(pemimpin PAS Juru) serta akar umbi parti.

Projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas diangkat sebagai projek PAS peringkat negeri, dan dilancarkan oleh parti di Komtar, George Town dengan kerjasama Ahli Mesyuarat Kerajaan (MKK) Penerangan Negeri.

Difahamkan, program kebajikan Tabung Angsa Emas mensasarkan kutipan infaq RM1 juta dalam tempoh setahun bagi mengayakan manfaatnya untuk perjalanan parti.

Atas maksud itu, lajnah ekonomi mensasarkan penyertaan 1,000 orang daripada 28,000 anggota parti peringkat negeri mendaftarkan diri demi menjayakan program ini.

Tiap-tiap ahli memberi infak RM1,000 sekaligus, atau RM84 tiap-tiap bulan selama setahun melalui sistem potongan bank, dengan kerjasama Maybank nanti.

Menurut Zolkifly, lajnahnya giat menjelajah 130 cawangan PAS di negeri ini untuk mendaftar minimum lapan ahli  bagi setiap cawangan.

"Kita akan menubuhkan sebuah lembaga amanah untuk mengayakan manfaat infaq RM1 juta ini nanti.

"Parti boleh mendapat manfaat 5 hingga 8 peratus, atau RM80 setahun jika pelaburan aktif di Maybank tanpa perlu 'disentuh' wang pokok RM1 juta itu," jelas Zolkifly yang juga Presiden D'BM Hospital dekat Permatang Pauh.

Jelajah Tabung Angsa Bertelur Emas seterusnya bertemu pemimpin PAS Cawangan Tok Bedu di Dewan JKKK Tok Bedu dekat Tasek Gelugor pada Jumaat, 25 April 2014 jam 9.15 malam.

Info lanjut, hubungi Zolkifly Md. Lazim di talian 0124810074 atau emel zolpenawar@gmail.com / zolazimpj16@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus