24 June 2014

Malaysia tak perlu ISIL, pelampau Umno - Zolkifly Md. Lazim

PAS Untuk Semua. Islam Rahmat Seluruh Alam

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan penganut agama tidak memerlukan kumpula pelampau ala Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL).

ZOLKIFLY Md. Lazim
Justeru, AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dalam kenyataannya berkata, kenyataan terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah membayangkan Perdana Menteri menyokong unsur keganasan antarabangsa dalam konteks Malaysia ini.

"Malaysia tak perlu unsur ganas. Malaysia tak perlu pelampau asabiah macam Umno yang hanya tahu rasuah dan tipu Melayu," respons Zolkifly semasa dihubungi tadi.

Menurut beliau, iltizam politik Najib mahu Umno bak ISIL sekaligus boleh menggadaikan kehormonian rakyat di tanah air ini.

"Cina MCA, India MIC dan seluruh parti asabiah Sabah Sarawak perlu menyatakan pendirian untuk sokong unsur keganasan 'ISIL Malaysia' ini, atau sokong keharmonian rakyat yang sedia ada sekarang," tegas Zolkifly lagi. 

Zolkifly yang juga Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang memberitahu, kenyataan Najib itu sebenarnya boleh meninggalkan kesan berantai yang negatif imej serta prospek ekonomi tanah air.

"Sepatutnya, fokus pada mewujudkan kondisi ekonomi yang lebih kompetatif, bukan beri gambaran negatif pada rakyat serta pelabur," jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus