07 June 2014

Mampu Selangor, Kelantan ke depan ikut P.Pinang isytihar harta?

Selepas PRU12, semua exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang masing-masing mengisytihar harta masing-masing.

Selepas PRU13, semua ADUN Pakatan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS masing-masing mengisytihar harta masing-masing.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut memujuk kesemua 10 ADUN Umno untuk bersama-sama mengisytiharkan harta masing-masing supaya amalan integriti di negeri ini jelas berbeza dengan negeri-negeri lain.

PKR perlu menyambut hasrat isytihar harta ini di Selangor, PAS di Kelantan.

Biar tiga negeri Pakatan Rakyat ini ke depan dalam amalan integriti, sebab saya yakin Putrajaya serta negeri-negeri tiada iltizam politik untuk mengisytihar harta masing-masing.

Mampu Selangor, Kelantan ikut Pulau Pinang?

Cadangan isytihar dana politik sebab Umno tak mampu mengamalkan integriti politik macam Pulau Pinang.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

Kg. Melayu Kluang | 12.30
[Sertai rombongan meminang untuk sepupu saya]

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus