24 June 2014

Pertahan 6 faktor kekuatan Umno atau tutup lemah Najib, tanya PAS P.Pinang

ZOLKIFLY Md. Lazim (berdiri) menyampaikan pidato pada suatu majlis penerangan negeri di Madrasah An-Nahdhoh Permatang Pauh, yang turut disertai oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Che'guBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharn (dua dari kiri) dan ADUN DAP Bagan Dalam A. Thanasegaran (paling kiri) di sini baru-baru ini. Foto: blog Anak Sungai Derhaka 

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pertahan enam kekuatan Umno sebagaimana digariskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini semata-mata untuk menutup kelemahan perdana menteri itu, kata AJK PAS Pulau Pinang Zolkifly Md. Lazim.

"Umno kata kesetiaaan sama ada senang atau susah, tetapi yang jelas adalah khianat apabila seorang ADUN Umno Pulau Pinang dapat projek (RM280 juta hingga RM315 juta) UiTM Kampus Pasir Gudang sedangkan ramai lagi Melayu yang layak," ujar Zolkifly yang juga Pengarah Lajnah Ekonomi PAS Pulau  Pinang, tadi.

Justeru, Zolkifly tidak menolak kemungkinan bahawa "Enam Kekuatan Umno" yang didakwa sebagai kelemahan Najib itu mungkin untuk mencegah kemaraaan pasukan gandingan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam parti asabiah dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Afif Bahardin (Exco Kerajaan Pulau Pinang)  turut mempersoal skandal terbaru Umno tersebut.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mula-mula mendedahkan kaitan ADUN Umno Bertam Shariful Azhar Othman memegang sejuta saham dalam Cosmic Dimention Sdn. Bhd., iaitu menyamai 20 peratus saham pegangan projek kontroversi tersebut.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus