08 July 2014

Pengecualian Pusat bina 61 rumah Kg. Manggis bersyarat – Guan Eng

(Dari Kiri) Shafie Mohd. Jusoh, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani, Ketua Menteri, Jagdeep Singh Deo, Kamarul Rashdan Salleh, Wong Hon Wai dan Wan Mastura Azlina Mohammad pada sidang media di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengecualian Kerajaan Pusat untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang berwajib dipersetujui Kerajaan Negeri dengan syarat Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng turut dijemput bersama-sama pada majlis perasmian projek tersebut, seperti majlis pecah tanah dan majlis penyerahan kunci kepada semua 61 penerima terpilih Rumah Mesra Rakyat (RMR) Kampung Manggis dekat Permatang Tinggi, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubok kelak.

Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan bahawa projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan berwajib daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), demi keperluan penduduk miskin mangsa banjir terpilih berkenaan.

"Kita tidak sewenang-wenangnya memberikan pengecualian (permohonan kebenaran merancang) sesuka hati dan sewanang-wenangnya...ini projek Kerajaan (Pusat), yang akan diluluskan oleh JKR.

“Ini, hadiah bersama (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) sempena bulan Ramadan," katanya Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam di sini baru-baru ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) turut menyertai sidang media tersebut.

Manakala, Kerajaan Pusat diwakili oleh Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Wan Mastura Azlina Mohammad (Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mesra Sdn. Bhd.), Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani (Timbalan Ketua Setiausaha KKLW), Shafie Mohd. Jusoh (Setiausaha Bahagian Tanah & Wilayah KKLW) dan Hirman Miraj Mohd. Noor (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah & Wilayah KKLW).

Atas maksud mahu menjayakan projek tersebut bersama-sama Kerajaan Pusat, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengalu-alukan kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ke negeri ini supaya lebih banyak permohonan projek pemajuan desa daripada Kerajaan Pusat dapat diluluskan kelak.

“Saya berharap kerjasama seperti ini boleh diteruskan, walaupun Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai pendapat yang berbeza.kerana kerjasama ini cukup menguntungkan rakyat Pulau Pinang,” jelas Guan Eng lagi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Difahamkan, rancangan pemajuan Pusat berkenaan diluluskan, ekoran walkabout Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan tumpuan banjir terbabit, pada 17 September 2011.

Dalam mesyuarat penyelarasan Projek Penyusunan Semula Kampung Manggis pada 31 Disember tahun lepas, terdapat beberapa keperluan tidak dapat dipatuhi oleh SPNB, jika permohonan kebenaran merancang dikemukakan.

9 Januari lepas, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menerima surat rayuan daripada SPNB supaya projek pemajuan 61 unit rumah satu tingkat kepada mangsa banjir berwajib di atas sebidang berkeluasan 6.002 ekar berwajib diberi pengecualian permohonan kebenaran merancang.

Kawasan pemajuan berwajib terbabit dikenal pasti adalah tanah milik persendirian, di atas lot-lot 17,265 hingga 17,325 Mukim 14, Daerah Seberang Tengah.

Difahamkan, permohonan SPNB itu berdasarkan Syeksyen 19(1) Akta 172 yang menyebut, "tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3)".

Pun begitu, Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya pada 26 Mei lepas bersetuju memberi beberapa pengecualian berwajib sebagaimana dimohon oleh Pusat, dengan syarat Ketua Menteri dijemput hadir bersama-sama pada majlis perasmian, seperti majlis pecah tanah serta majlis penyerahan kunci kepada pemilik lot-lot kediaman tersebut.


Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan lagi komitmen Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menambahkan bilangan rumah mampu milik serta memajukan kawasan desa, demi keselesaan hidup rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus