14 August 2014

30 ADUN S'ngor sokong Azizah bukti Khalid bohong Sultan



30 ADUN Selangor yang mengumumkan sokongan kepada bakal Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini sekaligus menyerlahkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong kepada Sultan Selangor, kononnya beliau mempunyai 'sokongan majoriti' untuk terus berperanan sebagai Menteri Besar Selangor.

Dr. Wan Azizah dipetik memberitahu, beliau mendapat 30 sokongan, termasuk dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," kata Dr. Wan Azizah di Subang Jaya, dipetik Malaysiakini.

Terdahulu, Khalid yang baru dipecat sebagai ahli PKR mengaku masih mempunyai 'sokongan majoriti', sungguhpun bukan lagi mendapat mandat Pakatan Rakyat.

Beliau diperkenan melaksanakan tugas-tugas sementara sebagai Menter Besar BEBAS, selepas mengekalkan 4 ADUN PAS dalam kabinetnya, serta memecat 6 ADUN PKR dan DAP lain secara serta merta.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara peribadi mempertahan kedudukan Khalid sungguhpun, mesyuarat PAS Pusat dijadual bersidang pada 17 Ogos ini.

Ketua Operasi di Pusat Penyelididkan PAS Pusat (PPPP), Dr. Zuhdi Marzuki pula mencadangkan 'Kerajaan Campuran' Selangor, seakan mirip idea 'Kerajaan Perpaduan' atau UG yang jelas pernah meledak amarah PAS sejak Muktamar 2009 lagi.

Musyawarah PAS sabat tahun sejak 2009 jelas meminta parti masa depan itu mengukuhkan Pakatan Rakyat, tetapi Pro Hadi cuba mengukuhkan kedudukan Khalid, yang turut disokong Umno di Selangor kini.

Apakah tindakan selanjutnya istana selepas jelas ditipu oleh 'Khalid Bebas'?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus