10 August 2014

'Alligator Eyes' Anwar Ibrahim kakukan keputusan MSU?


"Khalid dah kena pecat, macam mana?"

KENYATAAN rasmi MSU 6 Ogos lepas menyebut:

"Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor."

Lembaga Disiplin PKR  pada 9 Ogos lepas mengumumkan ada tiga sebab Khalid dipecat dari parti masa depan berkenaan.

Pertama, Khalid ingkar keputusan parti dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) supaya menangguhkan projek Langat 2 serta kenaikan gaji Exco Kerajaan Selangor.

Kedua, Khalid ingkar keputusan parti dan MPPR dalam isu penstrukturan air Selangor.

Ketiga, Khalid ingkar keputusan parti dan MPPR dengan pertahan projek  KIDEX.

Keempat, Khalid gagal memberi penjelasan kepada parti dan MPPR dalam isu mengenai isu pelupusan hutang peribadi hampir RM70 juta dengan Bank Islam.

"Oleh yang demikian, adalah diumumkan bangsa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta," pengerusinya Datuk Dr Tan Kee Wong.

ULASAN FAQAR
Mana ada pemimpin PAS secara rasmi dan terbuka mempertikai keputusan MSU. PKR pun begitu.

Tentulah macam-macam hukum seperti #MunafikHaraki #Anwarinas #Parasit #AntiUlamak akan dilabel kalau ketetapan Ulamak MSU dipertikai oleh ahli atau pemimpin PAS.

Last-last Dr Tan yang pertikai keputusan MSU, siap bagi tiga sebab Khalid dipecat sebagai ahli PKR.

Apabila non-Muslim berkenaan bagi hujah sebegitu, akhirnya ketetapan MSU kononnya tiada hujah syarak untuk mengganti Khalid macam tak laku sekupang dua.

Padanlah susah MSU nak bagi hukum kepada Dr Tan sebab beliau bukan Islam.

Memang susah kalau nak bagi hukum apa sesuatu langkahan politik di luar jangkauan politik biasa kita.

Kalau yang mengaji ilmu pengurusan, langkahan politik seumpama ini disebut sebagai alligator eyes.

Kalau saya kata Anwar Ibrahim bijak, tentu pro Khalidi akan kata saya puak Anwarinas.

Elok saya diam.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus