23 August 2014

KeADILan siap tumpu PRN Sarawak, kerah Kak Wan di Kongres 2014

PARTI Keadilan Rakyat (KeADILan) dikerah membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka paling lewat pada tahun 2016.

Presiden KeADILan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa membuat penekanan itu berkata, parti seharusnya merencanakan strategi kemenangan, selain, mengukuhkan kebersamaan dengan PAS dan DAP atas semangat Pakatan Rakyat.

"Saya ingin memberi penekanan kepada semua peringkat anggota KEADILAN untuk mula membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Yakinlah jika kita mempunyai strategi yang baik dan persefahaman yang utuh di kalangan Pakatan Rakyat, In sha Allah kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan," jejas Dr Wan Azizah dalam ucaptama di Kongres Nasional 2014.

Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April 2011, Dr Wan Azizah berkata, Pakatan Rakyat memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak, iaitu 12 dimenangi DAP, 3 (KeADILan) dan 1 (Bebas).

"Walaupun BN memenangi 55 kerusi DUN Sarawak, mereka hanya memperolehi 55 peratus undi popular, berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun hanya 15 kerusi, tetapi, berjaya mencapai sehingga 41 peratus undi popular," jejas Dr Wan Azizah, yang juga calon Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Rakyat itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus