25 August 2014

Khalid bukan lagi MB, bubar DUN tak ikut perlembagaan

PROF. Aziz Bari
KUALA LUMPUR - Kewujudan 30 Akuan Berkanun (SD) yang ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sudah mencukupi untuk membolehkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, pelantikan Presiden KEADILAN itu sebagai MB menepati syarat ditetapkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UUT).

“Kewujudan 30 SD itu juga menyebabkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim gugur sebagai MB. Paling tinggi beliau boleh dapat ialah 26 orang (Sokongan Adun) dan ini tidak cukup kerana Wan Azizah ada 30 (sokongan).

“ADUN yang telah membuat SD tidak boleh menarik balik sokongan itu tanpa hukuman berat di sisi undang-undang,” katanya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

Aziz turut menyokong kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keengganan Pas untuk menurunkan tandatangan dalam surat bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak memberi kesan kepada kedudukan Wan Azizah sebagai calon MB.

“Sama ada Pas sedia menandatangani surat tadi sudah tidak relevan lagi kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan. Itu semua menyebabkan desakan untuk membubar DUN tidak berasas,” ujarnya yang juga bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Khalid dijangka mengadap Sultan pada 27 Ogos ini bagi menyelesaikan isu yang melanda Selangor. Beliau dilaporkan kemungkinan akan mencadangkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, pembubaran DUN Selangor adalah salah dan bertentangan dengan kehendak UTT Selangor dan demokrasi.

“Bubar DUN juga tidak perlu kerana ia membazir duit rakyat. Lagipun Tan Sri Khalid bukan lagi MB, jadi apa alasan beliau untuk memohon kepada Sultan membubarkan DUN? Hanya MB yang sah sahaja yang boleh membuat permohonan membubar DUN kepada Sultan.

“Calon MB yang mempunyai sokongan majoriti sudah ada dan sebab itu DUN tidak boleh dibubarkan,” katanya. -KD

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus