08 August 2014

MPSP, FMM anjur bengkel pendidikan ‘Industri Hijau’

WONG Chee Keet (kanan) bersama-sama Maimunah Mohd. Sharif pada sidang media di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Penganjuran Bengkel Pengeluaran Ke Arah Kelestarian 2014 bersama Persekutuan Pengusaha-Pengusaha Industri Malaysia (FMM) pada 12 Ogos di Auditorium Kompleks Ibupejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)  di sini merupakan salah satu usaha jangka panjang untuk mewujudkan iklim industri hijau di negeri ini.

Justeru, Yang di-Pertua MPSP Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya berharap pendekatan pendidikan ini dapat mengurangkan keterhasilan sisa industri, yang dianggarkan kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal di kesemua daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Ini merupakan usaha bersama kita untuk publisiti industri mapan di Seberang Perai...salah satu usaha jangka masa panjang kita untuk mewujudkan industri hijau,” ujar Maimunah kepada wartawan, selepas Perhimpunan Korporat MPSP di sini, semalam.

Ahli Majlis MPSP merangkap pengarah penganjur bengkel, Wong Chee Keet dan Cheng Wng Seng (Setiausaha Pasukan Kerja LA21 Promosi Amalan Hijau Dalam Industri, MPSP) turut menyertai sidang media tersebut.

Maimunah memberi, bengkel tersebut adalah terbuka kepada semua pengusaha industri kecil dan sederhanam serta mahasiswa institusi pengajian tinggi.

“Bengkel ini adalah satu platform pendidikan dan latihan kepada industri hijau, selain mempromosi amalan 4R (iaitu) Rethink, Reduce, Reuse, dan Recycle.

“Sebenarnya (industri) hijau adalah satu lagi warna pendapatan untuk mereka yang mengamalkannya,” jelas Chee Keet, sambil memberitahu bahawa pihak penganjur mensasarkan 200 penyertaan.

Info lanjut atau penyertaan, hubungi Eng Seng di talian 045497489 atau 0124779330.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus