18 August 2014

"Setiakawan PAS tawar calon DAP tanding guna logo parti Islam itu tak pernah dilupakan"

(Dari kiri) LIM Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu saling dilihat setiakawan dalam mengukuhkan muafakat bersama atas nama Pakatan Rakyat.

SUNGGUHPUN PAS akhirnya bersetuju dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru semalam, tindak-tanduk beberapa pemimpin parti masa depan itu menolak keputusan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini masih tidak memadamkan amarah banyak pihak hingga kini.

JEFFRREY Chew
Jeffrrey Chew, aktivis muda DAP Pulau Pinang antara yang berkongsi pendapat peribadi mengenai kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jeffrrey berkata, beliau sekeluarga tak pernah lupa setiakawan PAS menawarkan logo parti Islam tersebut untuk digunakan oleh calon DAP pada PRU13 lepas, semasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) cuba mengharamkan DAP.

"Mak saya kata: mana ada parti yang begitu setiakawan sampai sanggup beri logo pastinya untuk calon DAP guna (tanding) masa pilihan raya lepas?

"Gerakan tak akan bantu DAP kerana Gerakan memang mahu ROS haramkan DAP, tetapi, mak saya kata: dia tak pernah lupa setiakawan PAS dengan DAP masa PRU13 dulu," respons Jeffrrey Chew.


FRANCIS Ong (dua dari kiri) dan (dua dari kanan) Ahmad Tarmizi Abdullah sekeluarga dan Mat Tiory Khalim (paling kanan) meraikan Ulang Tahun Kelahiran Ke-59 Tuan Haji Mohamad Sabu (tiga dari kanan) dalam satu majlis, pada 14 Oktober 2013.

Seorang lagi aktivis DAP yang turut berkongsi pendapat adalah Francis Ong Koon Liak, iaitu bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Francis selalu digelar 'Cina PAS' kerana keakrapannya dengan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Ke mana saja kelibat Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Abang Mat' di Utara Semenanjung Malaysia, di situlah ada Francis dan seorang lagi sahabat, Ahmad Tarmizi Abdullah (Ahli Majlis MPSP).

"Bukan sahaja PAS diuji dengan kesetiaan, sebagai Ahli DAP biasa pun, saya turut diuji setiakawan rakan-rakan saya dari PAS seperti Abang Mat sendiri, di sebalik isu Krisis Menteri Besar Selangor ini.

"DAP dan PAS, dan satu lagi (adalah) PKR nampaknya ada setiakawan untuk menumbangkan kezaliman Umno BN," ujar Francis.

Melihat respons kedua-dua ahli DAP Pulau Pinang ini, terdetik saya untuk bertadabbur ayat 216 dari Surah Al-Baqarah, yang bermaksud:

"...boleh jadi kamu benci sesuatu kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka sesuatu kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."

Saya pun marah dengan cara peribadi beberapa PAS mengurus konflik kali ini, tetapi cukup tercuit oleh dua respons aktivis muda DAP Pulau Pinang terbabit.

AstaghfiruLlah...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus