16 August 2014

Teringat cerita 'Mat Dhuha' oleh Fadhil Noor

Ijtihad Fadhil Noor menamakan Anwar Ibrahim sebagai PM ternyata melonjak PAS pasca PRU1999.

APABILA nampak kawan berlari dari hujan ke bawah bumbung rumah dia, Mat Dhuha pun tanya kawannya, "hujan itu bala atau rahmat?"

"Rahmat..." jawab kawan Mat Dhuha.

Mat Dhuha pun berkata, "habis itu, buat apa lari dari 'rahmat'."

Akhirnya, kawan pemuda nyong-nyong (keliru) berlari balik ke tengah hujan.

Satu hari, Mat Dhuha berlari ke bawah bumbung rumah kawan dia pula, sebab hujan lebat.

Lalu, kawan Mat Dhuha tanya balik, "awat hang lari 'rahmat'?"

Mat Dhuha jawab, "aku bimbang terpijak 'rahmat' Tuhan."

Selepas bercerita kisah Mat Dhuha, Ustaz Fadhil Mohd. Noor memberi nasihat kepada ahli-ahli khususnya lepasan Universiti Azhar seperti beliau supaya 'fakih politik', serta tak cukup mengaku diri sebagai ulamak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus