25 August 2014

Tubuh JK Khas nilai mutu seni dinding George Town - Guan Eng

ZAINULFAQAR Yaacob baru-baru ini ada merakamkan gambar kenangan dengan seni arca besi terunggul berhampiran Masjid Melayu Lebuh Acheh di George Town, yang dihasilkan pelukis terkenal dunia Lithuania Ernest Zacharevic.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Jawatankuasa khas akan menilai semula kesemua lukisan serta seni dinding di sekitar George Town supaya kekal memenuhi Nilai Terunggul Sejagat (OUV) yang digariskan, kata Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

"Kita telah menerima beberapa aduan, termasuk daripada para pemberita yang memberikan pandangan bahawa sesetengah lukisan pada dinding kedai-kedai dekat George Town tidaklah serasi dengan suasana dan OUV (Outstanding Universal Velue) Geoge Town sebagai status bandar raya warisan dunia UNESCO," ujar beliau kepada wartawan di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam menafikan bahawa Kerajaan Negeri mahu memusnahkan karya seni jalanan di sini, sebagaimana dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri lain sebelum ini.

Tambah beliau, jawatankuasa khas tersebut diberi kuasa untuk membuat penilaian berdasarkan aduan-aduan berbangkit yang diterima, sebelum ini.

"Lebih baik ia diputuskan oleh ahli-ahli panel yang berkepakaran untuk tentukan satu-satu seni (dinding) ini memenuhi OUV atau tidak.

"Berdasarkan pendapat jawatankuasa ini, MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) akan diarahkan memadamkan lukisan-lukisan dinding yang dikenal pasti tidak serasi dengan suasana bandar warisan George Town," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Jelas Guan Eng lagi, Kerajaan Negeri senantiasa memelihara beberapa mural dan seni arca besi yang sedia ada di sekitar George Town, kerana jelas menepati OUV.

Difahamkan, seni dinding yang dimaksudkan beliau adalah kesemua mural dan acra besi unggul di Street Art Penang dekat George Town, yang dihasilkan oleh pelukis terkenal Lithuania Ernest Zacharevic, Louis Gan (pelukis pekak dan bisu) dan kumpulan pelukis 101LostKittens.

"George Town adalah bandar antarabangsa, maka, lukisan di sini pun mestilah bertaraf antarabangsa (OUV) juga," ujar Guan Eng lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus