14 August 2014

Yang sokong Khalid Bebas hanya Geng Bas Sekolah, Umno

Mula-mula saya ingat semua ahli politik Melayu memang tak tahan ujian apabila disogok pangkat dan harta (sebenarnya ada satu lagi, iaitu wanita).

Ini kerana, empat ADUN PAS tak semacam Rasulullah SAW yang tak tunduk pada rejim, sungguhpun ditawarkan pangkat, harta dan wanita.

Alih-alih Dr Rani dan Pak Abu Urwah (Shaari Sungib) umum menyokong Pakatan atas hujah musyawarah Muktamar PAS sejak 2009 jelas meminta anggota parti mengukuhkan muafakat bersama Pakatan Rakyat.

Tidak ada pun musyawarah Muktamar PAS meminta akar umbi parti tunduk pada sogokan jawatan Khalid Bebas.

Dan, tidak ada pun musyawarah Muktamar meminta anggota PAS menyokong Kerajaan Perpaduan (UG) atau istilah terbaru 'Kerajaan Campuran'dengan rejim Umno, yang didalihkan oleh Dr Zuhdi Marzuki

Pendirian Abdul Hadi Awang untuk PAS kekal menyokong Khalid Bebas pun sebenarnya adalah bersifat peribadi, bukan keputusan musyawarah Muktamar PAS.

Begitu juga keputusan MSU kononnya atas nama wala' (sebenarnya Pro Khalid Bebas), bukan sahaja tidak sampai tahap keputusan musyawarah Muktamar PAS, bahkan tidak sampai tahap keputusan PAS Pusat kerana musyawarah PAS Pusat dijadualkan 17 Ogos ini.

Terbaru, YB Rodziah dari PKR pun umum tidak tunduk pada rejim Khalid Bebas.

Faham lah saya, bahawa wakil rakyat PAS, PKR dan DAP fokus bersama mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Yang bersama Khalid Bebas sekarang adalah Geng Bas Sekolah serta Umno.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus