08 September 2014

Dulu dikenali Majlis Syuro, Dewan Ulamak & Intelektual Islam untuk hadapi Asri

APABILA Datuk Asri Muda mentakrifkan kuasanya sebagai Presiden PAS adalah mutlak dan wajib diikuti oleh parti, sebilangan ulamak dan intelektual pada bulan September 1982 mengambil langkah berani dengan memanggil suatu mesyuarat untuk berbincang mengenai pemimpin no. 1 berkenaan.

Hasil mesyuarat itu, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan mengkaji serta mencadangkan suatu pindaan pada perlembagaan PAS, untuk menghadapi amalan sikap Asri yang semacam diktator.

Suatu dokumen penubuhan Majlis Syuro serta Dewan Ulamak dan Intelektual Islam akhirnya ditubuhkan dan diluluskan dalam Muktamar PAS, pada tahun 1983.

Fasal 23 (kini Fasal 26) yang menyentuh soal kuasa-kuasa seorang Presiden pada perlembagaan PAS dipinda dalam mesyuarat itu.

"...kerana PAS tidak mahu pengalaman lalu berulang, iaitu wujud pemusatan kuasa pada seorang individu sahaja (penulis: Presiden)..." dipetik dari Kertas Lampiran I Tubuh Majlis Syuro dan Dewan Ulamak & Intelektual Islam, 1982.

PAS tidak mahu pengalaman Asri memerintah parti secara bersendirian lagi berulang kelak.

PAS mahu organisasinya kembali bergerak atas semangat syura atau musyawarah.

Pindaan pada perlembagaan itu membawa maksud Presiden adalah ketua pada sebuah jawatankuasa PAS di peringkat Pusat, atau sebuah jawatankuasa PAS peringkat Pusat diketuai oleh seorang Presiden.

'Ketua' di sini adalah mengetuai PAS Pusat dalam bermesyuarat, bukan membuat keputusan sendiri tanpa ada musyawarah dan syura.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dekat Kuala Lumpur.

Selepas lebih 20 tahun, Majlis Syura dikenali sebagai Majlis Syura Ulama, manakala, Dewan Ulamak & Intelektual Islam dikenali sebagai Dewan Ulamak.

Abdul Hadi pula semakin dipertikai banyak pihak, apabila semakin jelas sikapnya memerintah parti secara sendirian, sama seperti Asri.

ZAINULFAQAR YAACOB
Kinokuniya KLCC | 7.01 petang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus