08 September 2014

HAPPY! ada di P.Pinang saja - Exco Perumahan

JAGDEEP Singh Deo (empat dari kiri) menyerahkan RM532,600 cek replika HAPPY! Kerajaan Negeri kepada wakil persatuan penduduk Saujana Heights di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

TELUK KUMBAR - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, hanya Kerajaan Pulau Pinang sahaja menyediakan HAPPY! atau Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang demi memudahkan rakyat menikmati Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di bawah Kerajaan Pusat.

Justeru, katanya, Kerajaan Pusat dirayu segera meluluskan kesemua permohonan TP1M supaya Kerajaan Negeri boleh membiayai 10 peratus hingga 30 peratus baki kos penyelenggaan perumahan, yang sepatutnya ditanggung oleh rakyat di negeri ini.

“Pulau Pinang tidak seperti negeri yang lain.

“Di mana penduduk perlu mencari atau membayar sepuluh peratus atau 30 peratus daripada baki kos projek TP1M yang diberikan iaitu 90 peratus atau 70 peratus masing-masing," ujar Jagdeep semasa menyerahkan cek replika RM532,600 kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Saujana Heights, A. Joseph di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, RM126,400 adalah peruntukan tambahan pada TP1M bagi kos penyelenggeraan pangsapuri kos rendah, manakala, baki RM406,200 pula untuk Kos Sederhan Rendah di sini.

"Kerajaan Negeri mengiktiraf dan mengakui kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kos rendah dan kos sederhana rendah untuk mencari dana ini.

"Oleh itu, kita memainkan peranan proaktif mesra rakyat dengan memberikan bantuan sedemikian kepada penduduk,” ujar Jagdeep  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Difahamkan peruntukan yang disalurkan tersebut bakal digunakan untuk membaiki lif, mengecat semula Blok E, memperbaiki tangki air, sistem retikulasi dan bumbung.

Sehingga kini, direkodkan, Kerajaan Pusat baru meluluskan 14 permohonan, sungguhpun 119 permohonan dihantar oleh Kerajaan Pulau Pinang demi keselesaan rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus