05 September 2014

Kronologi Kerajaan Negeri tubuh PPS didedah


ANGGOTA PPS tekun mengendali bot penyelamat dalam satu bengkel simulasi menghadapi bencana banjir di peringkat kawasan Parlimen Bagan.

Tubuh PPS demi bantu polis tangani jenayah – Boon Poh

GEORGE TOWN - Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjelaskan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri pada tahun 2011 bukan untuk mengambil peranan polis, sebaliknya bertujuan membantu pihak polis menangani jenayah di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi PPS berkata demikian semasa mengulas mengenai insiden tangkapan beramai-ramai 156 anggota sukarelawan berkenaan sejurus selesai acara perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-57, 31 Ogos lepas.

“Atas dasar kesedaran mencegah jenayah, kita (Kerajaan Negeri) menubuhkan PPS dan ini bukan bertujuan mengambil alih tugas polis, sebaliknya, membantu pihak polis.,” ujar beliau semasa ditemui di tempat kejadian dekat perkarang Padang Kota di sini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri pada Mesyuarat MMK Bil. 16/2011 bertarikh 27 April

2011 lepas mencadangkan penubuhan PPS, dan kelulusan serta pengesahan penubuhan badan sukarelawan itu pula pada 4 Mei 2011.

“Garis panduan telah siap sedia pada Mei 2011 (manakala) Majlis Pelancaran pula diadakan di Dewan Sri Pinang (dekat George Town) pada 17 September 2011),” jelas beliau lagi.

KRONOLOGI TUBUH PPS
PENUBUHAN Pasukan Peronda Sukarela telah dicadangkan pada 8hb April 2009 oleh Kerajaan Negeri hanya pada 27hb April 2011 melalui kertas Mesyuarat MMK Bil 16/2011, penubuhan Pasukan Peronda Sukarela diluluskan dan disahkan pada 4hb Mei 2011. Garis Panduan telah disiap sedia pada Mei 2011. 

Susulan kelulusan penubuhan PPS oleh Kerajaan Negeri, Majlis Pelancaran Pasukan Peronda Sukarela telah diadakan di Dewan Sri Pinang pada 17hb September 2011.

Majlis ini dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri dan dihadiri oleh Ahli-Ahli EXCO, ADUN-ADUN, Penyelaras KADUN dan semua ahli-ahli PPS yang berdaftar pada ketika itu.

Melalui majlis pelancaran ini, YAB Ketua Menteri telah menyampaikan sijil-sijil perlantikan sebagai ahli PPS kepada semua ADUN yang hadir. YAB Ketua Menteri juga telah memakaikan vest kepada ADUN bagi menandakan mereka juga telah menjadi ahli PPS bermula dari tarikh pelancarannya.

Jumlah ahli yang telah didaftarkan pada ketika itu adalah sebanyak 937 orang dengan jumlah pasukan sebanyak 46 pasukan. Selepas pelaksanaan saringan pentadbiran, jumlah ahli terkini adalah sebanyak 9,002 orang manakala jumlah pasukan terkini adalah sebanyak 299 buah pasukan. Perincian mengikut agihan bangsa ahli-ahli PPS adalah seperti berikut : 

Melayu : 33% (2,970 org)

Cina : 56.9% (5,123 org)

India : 9.7% (873 org)

Lain-lain : 0.4% (36 org)

Antara kursus-kursus dan taklimat yang diadakan untuk ahli-ahli PPS adalah seperti :

a. Kursus Rawatan Kecemasan 

b. CPR 

c. Pengurusan kes-kes kecemasan

- Balutan Luka

- Rawatan patah tulang

d. Kursus Rawatan Patukan/ Sengatan Haiwan Berbisa 

e. Penerangan tindakan-tindakan yang perlu diambil ketika bencana/ kecemasan :

- Banjir kilat

- Ribut

- Kebakaran

- Kemalangan 

f. Talimat penerangan SOP PPS

g. Maklumat perhubungan agensi-agensi kerajaan yang penting

h. Kaedah catitan buku log PPS untuk sesuatu kecemasan dan laporan segera mengenainya kepada ADUN. 

Selain daripada itu, bagi memastikan fungsi PPS dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh kepada masyarakat, ahli-ahli PPS juga turut digalakkan bekerjasama bersama agensi-agensi kerajaan seperti Polis, Bomba, Rela dan sebagainya. Saling bekerjasama bersama agensi-agensi ini membolehkan PPS menjadi lambang ketenteraman awam.

Secara ringkas, struktur PPS dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu :

Peringkat Negeri:

Dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Masyarakat Penyayang. Ahli Jawatankuasa mesyuarat adalah terdiri daripada ADUN-ADUN serta Unit-Unit & Agensi Kerajaan.

Peringkat Daerah: 

Dipengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat adalah terdiri daripada ADUN-ADUN di bawah daerah masing-masing serta semua Unit-Unit & Agensi Kerajaan.

Peringkat Parlimen:

Dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kawasan. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat terdiri daripada ADUN-ADUN dibawah Parlimen tersebut dan Ketua Pasukan PPS.

Peringkat DUN:

Dipengerusikan oleh ADUN kawasan masing-masing. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Pasukan, Timbalan dan Naib Ketua Pasukan PPS di bawah DUN tersebut.

Peringkat Pasukan:

Dipengerusikan oleh Ketua Pasukan PPS. Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada ahli-ahli pasukan

_____________

Dokumen: 29 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus