14 September 2014

Sydney Paddy Market sudah menjadi produk pelancongan, Uptown Perda bila lagi?

ZAiNULFAQAR Yaacob, berkelana mencari redho Tuhan-nya. 
KALAU Dr. Ilmam dan Dr Nabile serta Yousef comel sertai Rombongan Cik Kiah, tentu lebih meriah. Tapi, mereka telah bertandang ke sini lebih awal, masa awal Shawal lepas lagi.

Yang berkesempatan ke Sydney, jangan lupa menjejakkan kaki di Sydney Paddy Market kerana aksesori cenderamata dari jenis baju T sampailah ke keychain  di sini cukup menarik dan murah.

Sekali imbas melihat Paddy Market, teringat Uptown Perda yang menjadi nadi ekonomi Melayu di Pulau Pinang. 

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjelang bulan Ramadan lepas menjelaskan, 75 penjaja berlesen sedia ada akan dikekalkan di tapak sedia ada hingga hujung tahun ini.

"Tanya orang Makkah mengenai Makkah, tanya orang Madinah mengenai Madinah. Tanya orang menjaja mengenai Uptown Perda (bukan tanya orang politik)..."

Selepas itu, tak pasti lagi, kemungkinan besar akan berpindah di Jalan Perda Selatan. 

Asal usul Sydney Paddy Market ini tidak dapat diketahui, tetapi, dipercayai datang dari Liverpool, England.

Ini kerana, St. Patrick Bizarre di Banastre Street dekat Liverpool merupakan Paddy Market asal di sana.

Sydney Paddy Market mula beroperasi sejak 1870-an lagi, dan membuka pasarannya pada awal 1890-an selepas tapak sarkas dan penggerai dikosongkan di sini.

Pada tahun 1960-an, ada cadangan untuk memindahkan dari Haymarket ke Flemington, yang jauh ke Barat tanah benua di sini.

Namun, kekuatan pengaruh Parti Buruh hingga sekarang, telah mengekalkan Sydney Paddy Market di lokasi sedia ada.

Sydney Paddy Market dikekalkan atas alasan 'gaya hidup sebenar Sydney'.

Pun begitu, Sydney Paddy Market dimasukkan ke kompleks niaga yang baru seperti yang dilihat hari ini pada tahun 1975, selepas pemajuan bercampur Pusat Hiburan Sydney di sini.

Kini, Sydney Paddy Market bukan sahaja nadi ekonomi penjaja kecil setempat, bahkan, telahpun menjadi salah satu produk pelancongan ke Sydney.

Sydney Paddy Market boleh kekal di tapak sedia ada kerana Kerajaan Tempatan di Sydney menganggap pusat penjaja berkenaan mampu menjadi salah satu ikon pelancongan antarabangsa.

Uptown Perda, bila lagi?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Camberra | 14 September 2014 | 7.08 minit waktu tempatan    

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus